Dunia hiburan Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan berita penahanan penyanyi dan pemuzik legenda, Fariz RM, yang dipercayai terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

Bintang berusia 66 tahun yang popular dengan lagu-lagu hits seperti Sakura dan Barcelona itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Bandung, Jawa Barat pada Selasa, 18 Februari 2025.

Penahanannya berkait rapat dengan penangkapan seorang individu dikenali sebagai ADK (46) di Jalan Sunter Kemayoran sehari sebelumnya.

Menurut Kasie Humas Polres Metro Jakarta Selatan, Kompol Nurma Dewi, ADK yang merupakan bekas pemandu Fariz dari tahun 2020 hingga 2021, ditahan bersama barang bukti yang dipercayai ganja.

Hasil siasatan ke atas ADK membawa kepada penangkapan Fariz yang didakwa memesan bahan terlarang tersebut.

Ads
Penyanyi Legenda Indonesia, Fariz RM, Ditahan Polis Atas Kesalahan Penyalahgunaan Dadah
Fariz RM ketika zaman mudanya

“Selepas mendapatkan maklumat yang mengaitkan seorang individu berinisial FRM sebagai pemesan dadah daripada ADK, kami segera bertindak dan berjaya menahannya di Bandung,” jelas Nurma.

Lebih mengejutkan, semasa penangkapan, pihak polis turut menemui ganja dan syabu di lokasi. Ketua Bahagian Narkotik Polres Metro Jakarta Selatan, AKBP Andri Kurniawan, mengesahkan bahawa barang bukti tersebut telah dirampas untuk tujuan siasatan lanjut.

Dengan bukti yang kukuh, pihak polis telah menetapkan Fariz dan ADK sebagai suspek utama dalam kes ini.

Ads

BACA JUGA: Pelakon Drama Tasbih Cinta Ditahan Polis Kerana Dadah. Ibu Terkejut Dan Jatuh Sakit

Kedua-duanya kini berdepan pertuduhan di bawah Pasal 114 ayat 1 Undang-Undang No. 35 Tahun 2009 tentang bahan narkotik yang membawa hukuman minima lima tahun penjara dan maksimum 20 tahun penjara jika disabit kesalahan.

Ads

Ini bukanlah kali pertama penyanyi terkenal ini ditangkap atas kesalahan dadah. Sebelum ini dia pernah ditahan sebanyak tiga kali atas sebab yang sama.

Imbas kembali, Fariz RM atau nama penuhnya Fariz Rustam Munaf memulakan langkah dalam dunia seni pada tahun 1971 ketika berusia 12 tahun. Sakura merupakan antara lagu hitsnya yang menjadi siulan sehingga kini dan pernah dinyanyikan semula oleh Rossa dalam album Kini pada 2002.

Sekadar info, dia juga merupakan bapa saudara kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Sherina Munaf.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI