Tony Bennett, penyanyi pop dan jazz antarabangsa telah diumumkan meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Mendiang terkenal dengan lagu-lagu seperti The Way You Look Tonight, Body and Soul dan (I Left My Heart) In San Francisco.

Sepanjang kariernya yang menjangkau usia lapan dekad, penyanyi hebat ini menjual berjuta-juta rekod dan memenangi 20 Grammy, termasuk anugerah pencapaian seumur hidup.

Mendiang juga pernah bekerjasama dengan penghibur bintang dari Frank Sinatra, Aretha Franklin, Amy Winehouse dan Lady Gaya.

BACA JUGA: Anak Elvis Presley Meninggal Dunia Gara-Gara Pembedahan Bariatrik

Kematiannya penyanyi legenda ini disahkan oleh publisitinya Sylvia Weiner dalam satu kenyataan kepada Associated Press.

Dia berkata dia meninggal dunia di rumahnya di New York. Walaupun begitu tiada punca kematian khusus didedahkan.

Sebelum ini, Tony Bennett telah didiagnosis dengan penyakit Alzheimer sejak tahun 2016.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI