“Saya suka Malaysia dan sudah beberapa kali datang sebelum ini. Gembira bila dapat berada di sini sekali lagi, cuacanya pun bagus.”

Demikian dedikasi yang dikongsikan penyanyi antara bangsa, Lenka, 44, yang kini berada Malaysia bagi menjayakan konsert sulungnya, malam ini.

Bintang asal Australia itu juga menambah, dia terharu atas sokongan para peminatnya di negara ini selain mengakui menggemari beberapa menu popular tempatan, antaranya laksa dan nasi lemak.

“Saya sukakan penduduk di sini, mereka sangat peramah dan sudah semestinya makanan juga. Best food in the world.

“Antara yang paling saya gemar di sini ialah laksa dan nasi lemak. Ya, saya suka makanan pedas,” katanya kepada MH.

Mengulas mengenai persembahannya di Lenka Live in KL yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur malam ini, penyanyi yang sinonim menerusi lagu The Show ini bakal menyanyikan 16 buah lagi hitsnya.

Ads

Ia termasuk lagu-lagu yang dipetik daripada dua EP terbaharu iaitu Discover dan Recover.

Lenka juga akan menyapa peminatnya menerusi lagu-lagu popularnya seperti What Goes Up, On My Side serta dua hit terkenalnya, Trouble Is A Friend and The Show.

Penyanyi Lenka ‘Love’ Penduduk Malaysia Yang Peramah, Gemar Laksa & Nasi Lemak. Best Food In The World Katanya! Penyanyi Lenka ‘Love’ Penduduk Malaysia Yang Peramah, Gemar Laksa & Nasi Lemak. Best Food In The World Katanya! Penyanyi Lenka ‘Love’ Penduduk Malaysia Yang Peramah, Gemar Laksa & Nasi Lemak. Best Food In The World Katanya! Penyanyi Lenka ‘Love’ Penduduk Malaysia Yang Peramah, Gemar Laksa & Nasi Lemak. Best Food In The World Katanya!

Ads

“Saya tidak pasti mengenai tempoh persembahan kerana sudah tentu saya akan beriteraksi dengan penonton sambil membuat persembahan. Ia mungkin akan masa kurang dari dua jam.

“Akan ada kejutan dan untuk persembahan ini, semuanya mengenai diri saya. Sudah pasti saya teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat saya di Kuala Lumpur.

“Malah saya akan menyanyikan lagu-lagu yang kebanyakan peminat sedia tahu dan serasi. Akan ada lagu-lagu yang sudah lama saya tidak nyanyikan selain seleksi lagu baharu,” ujarnya lagi.

Ads

Sementara itu, penganjur konsert Lenka Live in KL, Push Play yang diwakili Nika yakin dengan sambutan saat akhir dari peminat penyanyi wanita itu pada malam ini.

“Lenka akan membawa kita mengimbau semula memori kita suatu ketika dahulu dan penjualan tiket untuk pengunjung saat akhir masih dibuka sebelum bermulanya konsert pada malam ini,” tambahnya.

Tiket Lenka dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 (Standing Zone), RM239 (Upper Seated Zone) dan RM3,800 (VIP Box) dan tiket boleh dibuat melalui www.myticket.asia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI