Di kala rakyat sedang berduka dengan penyebaran wabak COVID-19, Malaysia dikejutkan dengan pemergian penyanyi Mya Ruslee yang popular menerusi lagu Matahari.
Difahamkan Mya yang lebih dikenali sebagai Maya Matahari meninggal dunia akibat penyakit kanser dan baru sahaja pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana.
Berita tersebut telah disahkan teman baiknya, Haiza dan Ieda Moin.
Malah penyanyi Azharina turut menyatakan berita sama.
Maya atau nama sebenarnya Myanaliza binti Ruslee meninggal dunia pada usia 44 tahun dan pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima.
Terdahulu arwah pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman solo pada penghujung tahun 2020.
Mya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 2009 namun berpisah pada Ogos 2015.
Rakan artis turut memberi penghormatan terakhir bersama bacaan Al-Fatihah.
Foto : Instagram Mya Ruslee, Selebriti & Facebook Azharina Azhar