Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza atau nama sebenarnya, Puteri Aszfaryna Khareeza Aris mendedahkan dia mengalami keguguran cahaya mata pertama.
Perkara itu dikongsikan bintang berusia 26 tahun ini menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Di dalam hantaran yang kongsikan, penyanyi lagu Duka Sebalik Tawa itu reda selain menyifatkan dia dan suami belum ada rezeki untuk menimang zuriat.
“Allah bagi rasa 8 minggu. Belum rezeki lagi. InsyaAllah, nanti,” jelasnya.
Khareeza yang juga finalis Big Stage musim kelima itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu selepas empat bulan menyulam cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini