
Nama Pinkan Mambo cukup terkenal dahulu sebagai salah seorang duo asal daripada kumpulan Ratu bersama Maia Estiaty sebelum mengambil keputusan bergerak secara solo pada 2004.
Lagu hit mereka seperti ‘Salahkah Terlalu Mencintaimu’ popular sehingga kini.
Khabar terbaharu, Pinkan telah mendirikan rumah tangga buat kali keempat setelah tiga perkahwinan dahulu kandas di tengah jalan.
Memilih TikToker tekenal, Arya Khan atau nama sebenarnya Muhammad Rizky sebagai suami, Pinkan perlu membuat keputusan kembali semula memeluk agama Islam sebagai syarat.
Status agama penyanyi bersuara lantang ini disahkan sendiri oleh Arya saat bersiaran secara langsung di laman media sosial, Tiktok.
“Aku sudah beritahu, kalau mahu kahwin dengan aku, kamu harus menjadi Muslim. Aku tidak mahu berkahwin beza agama. Jadi kita sepakat, dia menjadi seorang Muslim,” ujar Arya memetik laporan suara.com.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 24 Disember 2023 bertempat di rumah Arya. Pinkan menerima mas kahwin bernilai Rp100 ribu.
Imbas kembali, Pinkan Mambo atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dilahirkan sebagai muslim sebelum membuat keputusan untuk pindah agama kepada Kristian pada tahun 2005.
Kini berusia 43 tahun, Pinkan memiliki lima cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Harap Adam Boleh Tolong Mommy Dan Daddy Di Akhirat,” – Tidak Mahu Letak Adam Di Hospital, Netizen Sebak Lihat Video Kasih Sayang Ini..

Menerusi klip video yang dikongsikan di laman Instagram adamsautismfamily, Iman Wan meluahkan rasa yang cukup meruntun hati.
Video menunjukkan ekspresi kasih sayang Adam kepada ibunya dengan ciuman bertalu-talu di bahagian wajah.
Biarpun dinasihatkan supaya meletakkan Adam di hospital agar keluarga ini boleh menjalani hidup normal, namun sifat penyayang anak autism kepada keluarga menyebabkan mereka sukar berbuat demikian.
Ulasnya, biarpun Adam selalu bertindak agresif, namun tindakan itu turut menyedihkan diri sendiri.
“This is why it is so hard for us to put our son away in the hospital despite all the aggression we had to deal with. We have been advised to do that so that we can have a break in our lives.
“Adam is a very affectionate and loving boy beneath all the meltdowns and his aggression. He may have hurt me and my wife countlessly but we know it hurts him too every time he does it,” luahnya.
Tidak pernah mahu berputus asa, malah keluarga ini akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk menjaga anak syurga ini. “Hadiah’ istimewa kurniaan tuhan ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab.
“We always remind ourselves over and over about that. This is what kept us going, never giving up on our son and continuously making efforts to help him overcome his conditions to the best we can. May Allah continue to keep us strong and healthy and successfully do our responsibilities in taking care and helping HIS gift to us,” tambahnya lagi.
Mengakui bukanlah insan sempurna, namun Iman Wan dan isteri berharap agar cabaran dan kesukaran yang dihadapi ketika menjaga Adam dapat membantu mereka di akhirat kelak.
“Mommy and daddy are not perfect people, banyak berdosa. Let us struggle didunia now menjaga Adam, and hopefully Adam will help mommy and daddy di akhirat nanti.
“Daddy and mommy love Adam so much especially mommy. Kasih Ibu tiada tandingannya. Adam knows that. He sayang his mommy more than anything in the world,” ulasnya.
View this post on InstagramA post shared by Iman Wan ?doTERRA Oils (@adamsautismfamily) on
Foto – Instagram adamsautismfamily
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setelah Pelbagai Usaha Dilakukan, Kami Sepakat Untuk Berpisah Dengan Cara Baik,” – Luahan Fizo Omar, Hampir 24 Jam Lafaz Cerai

Selepas melafazkan cerai talak satu kepada bekas isterinya, Mawar Abdul Karim, pelakon Fizo Omar ada meluahkan perasaanya menerusi Instagram pula.
Fizo terdahulu ada memberikan kenyataan kepada media sejurus prosiding selesai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, awal semalam.
Kongsi Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia menerima takdir bahawa jodohnya dengan Mawar berakhir pada 10 Julai (semalam).
“IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.
“Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.
“Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami.
“Apa yg berlaku diantara saya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat,
“Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya,” tulis Fizo panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Malah, Fizo dan Mawar masih berhubung antara satu sama lain untuk mengetahui perkembangan anak mereka, Wan Maryam, 2 tahun.
“Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah, Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya,
“Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat,
“Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri,
“Semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak,
“Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami,” kongsi bintang asal Kelantan ini lagi.
Lalu, rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat buat pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2013.
Terdahulu, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, jam 10.55 pagi semalam.
Lafaz cerai itu dibuat Fizo selaku defendan terhadap Mawar sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkahwin Dalam Balutan Busana Dolce & Gabbana. Kitty Spencer Menawan Bak Mendiang Ibu Saudara, Puteri Diana

Dilahirkan dalam keluarga bangsawan Spencer, Lady Kitty Spencer merupakan anak saudara mendiang Puteri Diana. Ketika Puteri Diana meninggal dunia, Kitty baru berusia 7 tahun waktu itu. Walaupun hanya sempat bertemu ketika kecil, dia seringkali dikaitkan kerana memiliki aura kecantikan dan pandai bergaya seperti ibu saudaranya.
Merupakan seorang model dan juga jurucakap jenama, Kitty baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Julai 2021 dengan seorang jutawan dan usahawan berjaya, Michael Lewis, 62. Perkahwinan yang berlangsung di Rom, Itali itu dihadiri oleh keluarga, rakan selebriti dan sahabat terdekat pasangan ini.

Bila menyebut bab perkahwinan, pastinya busana menjadi satu perhatian dan juga perkara penting. Wanita berusia 30 tahun ini telah memilih untuk menggayakan lima busana untuk setiap majlis yang diadakan. Dan semestinya si cantik manis ini memilih Dolce & Gabbana. Ini bukan perkara menghairankan kerana beliau merupakan jurucakap global bagi jenama mewah asal Itali itu.
Jom kita saksikan lima stail busana perkahwinan yang digayakan oleh Lady Kitty Spencer.
- Pada majlis yang diadakan sehari sebelum pengikat tali pernikahan. Kitty mengenakan busana gaun rona baby blue siap cape dan dihiasi dengan corak bunga-bungaan 3D. Siap dengan bunga peoni di kepala sebagai hiasan, menyerlahkan lagi keanggunannya.
- Ketika hari perkahwinan beliau memilih busana gaun kembang rona putih penuh renda ada Victorian.
- Kemudian untuk majlis pada sebelah malam, beliau mengenakan gaun kembang yang cukup grandeur dengan corak yang dilukis tangan dan diserikan dengan tatahan batuan kristal. Fabulous!
- Untuk parti pula dia mengenakan gaun mini yang diserikan dengan perincian rona emas dan perak.
- Akhir sekali, pada hari ketiga majlis. Beliau memilih untuk menggayakan gaun kembang sutera rona hijau dan putih yang dihiasi dengan sekuin, riben dan sulaman.
Namun ada satu yang kurang dengan penampilannya. Kitty dilihat tidak mengenakan tiara The Spencer milik keluarganya yang dipakai oleh mendiang Puteri Diana ketika majlis perkahwinannya dengan Putera Charles. Walau apa pun sebabnya, hanya Kitty sahaja yang mengetahuinya.
Jadi rekaan Dolce & Gabbana mana yang anda suka?
Sumber gambar: Instagram Dolce & Gabbana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI