Penyanyi popular Indonesia era 80-an, Putri Zizi Novianti atau lebih mesra dikenali sebagai Puput Novel dilaporkan meninggal dunia jam 6.24 petang pada Ahad, 8 September 2024.

Terkenal dengan lagu-lagu seperti Kau Idolaku dan Mama, berita kematian wanita berusia 50 tahun ini telah dikongsikan oleh Ruli Siahaan Management dalam satu mesej kepada pihak media tempatan.

Memetik laporan detik.com, kematian Puput adalah disebabkan penyakit Kanser Payudara yang sudah dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

“Kami sudah cuba berubat sebaik mungkin tetapi memang nasib berkata lain. Sudah tiga tahun lebih perawatan diterimanya. Dia sudah berjuang mengahdapi penyakit kanser, memang akhirnya seperti itulah.

BACA JUGA: Popular Dengan Lagu Jikalau Abang Merindu, Nona Asiah Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

“Kami sebenarnya sudah bersiap-siap sedikit, tapi memang benar seperti perkiraan kerana tahap kesihatannya sudah sangat merosot,” kongsi adik Puput Novel yang dikenali sebagai Baginda kepada media tempatan mengenai kematian kakaknya.

Selain menghidap Kanser Payudara, kematian penyanyi bersuara merdu itu juga terkait dengan komplikasi jantung serta paru-paru.

Jenazahnya sudah selamat dikebumikan pagi tadi (9 September 2024) di tanah perkuburan Pemakaman Umum Sanjaya, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Imbas kembali Puput Novel dilahirkan pada 31 Ogos 1974, dia memulakan kerjayanya dalam dunia seni sebagai artis cilik yang pernah merakam sebanyak 28 album kanak-kanak dan kemudiannya merakam 8 lagi album setelah dewasa.

Selain itu dia juga pernah berlakon dalam tiga filem serta sebuah sinetron.

Biarpun sudah tidak aktif menerbitkan album mahupun berlakon, Puput sempat merakam lagu-lagu berunsur keagamaan seperti Syair-syair Sholawat Cinta Tanah Air (2017) dan Mohon Ampunan (2018).

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI