Penyanyi yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal bersama pasukanya bakal menganjurkan Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan kali ini.
Menurut Rayme, acara yang bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, itu bakal dirancakkan dengan pelbagai aktiviti selain reruai yang akan dibuka bermula 28 Februari depan sehingga ke ambang malam 1 Syawal.
Rai Budaya Melayu & Kesenian Islam
Jelasnya lagi, konsep Anjung Syawal kali ini akan menonjolkan serta meraikan kekayaan budaya Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun rakyat Malaysia terutamanya kebudayaan Melayu sama ada di bandar atau di kampung.
“Konsep kali ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan warisan budaya Melayu tetapi juga menerapkan elemen moden dalam sambutan Ramadan dan Syawal.
“Ia bagi menghubungkan warisan budaya dengan inovasi masa kini dalam usaha menarik minat semua golongan masyarakat terutama generasi muda.
“Sebagai penganjur, kami mahu menerapkan rasa kecintaan terhada terhadap tradisi dan terus menerus menghargainya walaupun masyarakat kini dilanda arus kemodenan digital serta budaya luar,” katanya.
Ada Pangkin Seni & Serambi Santai
Rayme yang pernah muncul dengan single Close To You dan Andai menambah, antara kelainan baharu Anjung Syawal kali ini ialah dengan memperkenalkan segmen Pangkin Seni dan Serambi Santai, khusus bagi aktiviti kebudayaan dan ruang melepak untuk pengunjung beristirehat.
Malah, khemah lutsinar dan berlampu turut disediakan buat untuk pengunjung berbuka puasa sebagai tarikan bazar itu nanti.
Pengunjung juga tidak perlu bimbang kerana lebih 2,000 tapak parkir kenderaan disediakan bagi menampung jumlah pengunjung yang bakal hadir menerusi bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang itu.
“Pada masa, antara lain ialah kemudahan menunaikan solat berjemaah dan tarawih juga berhampiran dengan lokasi iaitu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin selain Badar Ramadan di Kawasan berdekatan.
“Peniaga boleh mendapatkan booth jualan segera dengan harga yang berpatutan untuk berniaga selama lebih 30 hari.
“Jadi jangan lepaskan peluang hadirkan diri ke Anjung Syawal FRP 2025 ini supaya orang ramai dapat merasai sendiri suasana meriah, santai dan unik yang mungkin tidak ada di tempat lain,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI