Penyanyi Rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan maut dalam satu kejadian tak terduga ketika melangsungkan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis.
Dalam kejadian malang yang berlaku pada 13 Julai itu, dikatakan Ayres memeluk seorang peminat yang sedang berada dalam keadaan basah kuyup.
Ekoran itu, keadaan Ayres yang turut basah selepas pelukan tersebut memicu reaksi salah satu kabel berdekatan sehingga menyebabkan renjatan elektrik yang menjadi punca kematiannya.
Pihak berkuasa ketika ini masih lagi menyiasat insiden tersebut dan mencari punca bagaimana peminat tersebut boleh hadir ke konsert itu dalam keadaan basah kuyup.
Mendiang Ayres bersama rakan seperjuangannya di atas pentas konsert pada 2023.
Sehari selepas kejadian, Hotel Solar mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka akan membantu polis dalam siasatan yang dijalankan.
“Kami berdedikasi sepenuhnya untuk memberikan sokongan kepada keluarganya dan mengambil langkah-langkah yang perlu.
Kami mengesahkan komitmen kami untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berwibawa bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya mengenai acara itu,” menurut kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Instagram hotel.
Manakala, ibu saudara penyanyi itu, Rita Matos berkongsi kepada media tempatan bahawa keluarga mereka masih lagi terkejut dengan insiden tersebut dan berusaha mendapatkan pencerahan tentang kejadian itu.
Ads
“Apa yang kami tahu ialah persembahannya dijadualkan untuk masa tertentu dan telah dipindahkan, tetapi kami sedang menghubungi orang yang bersamanya pada masa ini untuk memahami bagaimana semuanya berlaku.
“Kami akan mengumpulkan semua maklumat dalam satu kenyataan yang akan kami keluarkan kepada pihak media,” ujarnya.
Penyanyi rock yang juga merupakan arkitek dan perancang urban meninggalkan seorang isteri yang baru dinikahinya 11 bulan lalu yang dikenali sebagai Mariana N.Sasaki.
Ads
Menurut laporan media tempatan, Mariana dalam hantaran Instagram meluah rasa terima kasih kepada sokongan yang diterimanya kala insiden malang yang melanda suaminya itu.
“Saya belum dapat membaca semua mesej lagi, tetapi apabila saya berasa lebih baik, saya akan membalas setiap satu. Terima kasih,” kongsinya ringkas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Belum reda kesedihan pemergian pelawak popular, Abam Bocey dan kali ini, Industri hiburan dikejutkan dengan berita duka apabila pelakon Ashraf Sinclair yang baru sahaja dilapor meninggal dunia pagi Selasa.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan selebriti turut memberi dedikasi terakhir serta ucapan takziah.
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz berpendapat bahawa setiap pelakon tidak semestinya perlu memiliki badan sasa untuk melakonkan watak aksi dengan jayanya.
Jelas Fizz, perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika memegang sesuatu watak dalam sesebuah naskah adalah kualiti lakonan yang mampu menarik perhatian penonton.
“Tak semua org blh bawak action movie ngan baik,tak semestinya badan kena ketul2 baru blh buat action movie.. hahaha.
“Acting kena power jgk,bergerak sekali lah.. klu tak,tak aceee lahhh… klu kronie ok,kompom lepas ko ,lepas ko,lepas ko ko… sampai bila2 lah.. so… apa lagi buat sendiri la klu pandai hahahaha. #trowback #coastguardfilm2020,” tulisnya sambil disertakan foto ketika sedang mengadakan pengambaran filem Coast Guard.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
Malah, filem arahan Hashim Rejab dijangka akan ditayangkan pada Ogos depan yang turut dibintangi Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Hazam, Sabri Yunus, Julia Farhana dan Emma Maembong.
Selepas memaklumkan mengenai kemerosotan kesihatan ibunya, Aishah Nyak Dam beberapa hari lalu, kini pelakon senior, Sheila Mambo merakam rasa lega apabila ibunya sudah menunjukkan perkembangan yang baik.
Kongsinya menerusi Instagram, kaki dan tangan ibunya yang berusia 79 tahun itu sudah boleh bergerak.
“Alhamdulillah mak dah menunjukan perkembangan yg baik. Kaki dn tangan dh blh gerak sikit. Tapi mak ckp pd adek perempuan bongsu semalam lepas bg susu, mak kata Allah hantar 5 org jumpa dia.
“Lepas tu mak tadah tangan berdoa ‘semoga Allah ampunkan dosa anak. Adek dh sedih. Dalam perjuang sakit pneumonia’ mak msh ingat anak2,” tulis Sheila.
Pada masa sama, dia turut berdoa agar ibunya kembali pulih seperti biasa dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut mendoakan kesihatan ibunya itu.
“SubhanAllah semoga Allah SWT angkat azab kesakitan mak dan digantikan dgn kesembuhan. Setiap kali kami ngaji mak akn angkat tangan aamiin.
“Terima kaseh pd semua teman2 jauh dekat dn fan ig/ fb yg turut mendoakan utk mak. Asbab doa kalian kesembuhan mak (hak Allah dimakbukan) InshAllah semoga Allah balas dgn hal yg baik2 didunia dn akhirat pd kalian semua,” kongsinya panjang lebar.
Semoga kesihatan ibu pelakon Andainya Takdir 2 ini bertambah-tambah baik selepas ini, Amin…
Foto: Instagram Sheila Mambo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.