Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.