Saban tahun penyanyi remaja, Zaki Yamani akan meraikan kedatangan 1 Syawal di kediaman datuknya di Shah Alam, Selangor.
Bercerita lanjut mengenai momen raya, Zaki, 16, berkata setiap kali raya ada satu juadah yang paling ditunggu-tunggu olehnya iaitu masakan rendang yang dimasak oleh jiran datuknya sendiri.
“Saya memang hantu rendang yang dimasak jiran datuk saya… setiap tahun memang saya tertunggu rendang makcik sebelah rumah atuk.
“Kalau dapat makan, memang lengkaplah raya saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Bakal menggayakan sembilan pasang baju Melayu sepanjang Syawal, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini berkata dia hanya sempat membeli sepasang baju Melayu.
Selebihnya, dia bersyukur kerana ditaja rakan selebriti, Wak Doyok serta jenama Bulan Bintang.
“Tahun ini hari raya saya paling meriah, sebab saya ada sembilan pasang baju raya! Memandangkan tahun ini baru kita dapat beraya semula, jadi mestilah sambut secara all out.
“Saya akan pakai hari-hari baju Melayu. Keluarga pun mungkin pakai baju raya sampai Syawal kedua atau ketiga sahaja. Saya suka pakai sebab baju Melayu memang selesa dan praktikal,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Tak Perlu Tuntut ‘Hak’ Dari Suami!” – Netizen Kagumi Pemikiran ‘Luar Kotak’ Dewi Sandra
Isi Kandungan
ToggleKebelakangan ini, di media sosial bertebaran kisah isteri dimadukan dan tidak mendapat hak yang selayaknya diberikan oleh suami, hingga ada yang terpaksa menagih harta sepencarian untuk meneruskan keberlangsungan hidup.
Menerusi sebuah program bual bicara, aktess terkemuka Indonesia, Dewi Sandra memaklumkan, sebagai seorang isteri, dia akan terus menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami dalam apa juga keadaan sekali pun dan menyerahkan soal hak kepada Allah SWT.
Isteri Yang Merasa Teraniaya, Boleh Serahkan Soal HAK Di Tangan Allah
“Seorang suami punyai hak dan kewajipan. Begitu juga dengan isteri. Kita harus memainkan peranan tersebut.
“Pada saya, sebagai seorang isteri, saya tidak boleh menuntut hak saya kerana saya harus memberikan kewajiban saya. Hak yang sepatutnya saya dapat, saya tidak mengharapkan daripada suami tapi daripada Allah.
“Misalnya, sebagai seorang suami, mereka punyai kewajiban untuk memberikan kita wang belanja tetapi suami tidak berbuat sedemikian. Adakah boleh untuk kita tidak menunaikan kewajipan? Tak boleh sebegitu,” katanya.
Berhentilah Berharap Kepada Manusia, Bergantunglah Pada Maha Pencipta!
Tambah Dewi lagi, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berharap kepada manusia sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Tugas isteri adalah untuk terus menunaikan kewajiban seperti melayan suami dan sebagainya. Tentang hak untuk meminta wang belanja, kita minta pada Allah.
“Mungkin wang datang bukan daripada suami tapi Allah tetap akan tunaikan hak kita. Jadi, jangan berharap sama manusia tentang hak. Tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban.
“Prinsip ini telah saya terapkan dari awal. Ini bukan cara Agus dan bukan cara saya tapi kita pakai cara Allah,” ujarnya lagi.
Cara Berfikir Dewi Sandra Raih Perhatian Warganet!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar soal hak dan kewajipan ini tidak dipandang enteng buat pasangan suami isteri.
“Betul tu. Kalau tak melakukan kewajiban, itu dosa pada Allah. Jangan pandang enteng.
“Setelah berusaha tapi tidak memihak kepda kita? Reda dan serahkan kepada Allah untuk uruskan. InsyaAllah Allah sebaik-baik perancang. Jalani kehidupan dan lakukan kewajiban.
“MasyaAllah, bagus penerangan dan penerapan yang dipraktikkan oleh Dewi.
“MasyaAllah, banyak kali ulang dengar. Kadang kita berharap. Rupanya tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban. Hal itu datang dari Allah. Bila Allah berkehendak mesti dapat apa yang kita mahukan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Dewi Sandra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Turut Tampilkan Shahiezy Sam & Bront Palarae, Filem Angkat Kisah James Brooke Dibikin Hasil Pelaburan 4 Negara
Filem yang mengangkat sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) berjudul Rajah bakal menemui penonton di Malaysia bermula 9 Mac depan.
Dihasilkan syarikat produksi, Margate House Films dan 852 Film dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, naskhah itu diterajui Jonathan Rhys Meyers yang memegang watak James Brooke.
Lebih mengujakan apabila filem sentuhan pengarah, Michael Haussman itu turut menceritakan pengembaraan James Brooke sejak mula berlayar ke Borneo yang pada ketika itu masih berada di bawah kawalan kesultanan Brunei pada 1839.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Margate House Films, Rob Allyn berkata, dia mula berminat untuk menjalani penggambaran kehidupan James Brooke selepas mengenali tokoh itu melalui nota dalam sebuah novel hasil penulisan George MacDonald Fraser pada 2009.
Kemudian, Rob terjumpa buku bertajuk ‘Rajah Putih Sarawak’ yang menceritakan sejarah James Brook di sebuah kedai buku di Singapura, sekali gus menarik minatnya untuk menterjemahkannya dalam bentuk filem.
“Saya mengambil masa selama tiga tahun memikirkan untuk menghasilkan filem ini. Penulisan skrip filem ini bermula pada 2013 sejurus saya dan pasukan produksi bersetuju untuk menjadikan penceritaan ini sebagai sebuah filem,” kata Rob.
Filem Rajah menampilkan bintang hebat dari pelbagai negara seperti Atiqah Hasiholan (Indonesia), Dominic Monaghan (British), Hannah New (United Kingdom) dan Josie Ho (Hong Kong).
Selain itu, dua pelakon popular tanah air, Bront Palarae dan Shaheizy Sam turut diberi peluang untuk membantu dalam menjayakan filem berkenaan.
Bagi Bront, dia menyifatkan peluang diberikan untuk terbabit dalam pembikinan filem sejarah negeri Sarawak itu adalah pengalaman berharga buatnya.
“Saya rasa beruntung apabila terpilih untuk menggalas watak ini dan sangat senang untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon lain.
“Walaupun dari negara, latar belakang dan budaya berbeza, pendekatan kerja boleh dikatakan sama. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di set penggambaran, jadi kesemua yang terbabit tidak ada masalah untuk berkomunikasi.
“Ada juga beberapa kesempatan untuk pelakon-pelakon luar mempelajari bahasa kebangsaan dan dialek dialek Sarawak,” katanya.
Sementara itu, Shaheizy pula menganggap ia adalah satu pengalaman berharga biarpun senario lakonan di Sarawak menjadi cabaran utama buatnya.
“Pengalaman berlakon dalam filem Rajah sangat berbeza bagi saya kerana berada dalam suasana yang baharu. Penggambaran juga dijalankan sepenuhnya di Sarawak dan itu adalah kali pertama buat saya.
“Walaupun penggambarannya boleh dikatakan mencabar dan tidak berada dalam keadaan selesa, tetapi ia adalah pengalaman yang baik buat saya.
“Selain itu, cabarannya adalah saya perlu menggalas watak orang Melayu zaman dahulu dan menyesuaikan diri dengan bahasa serta budaya di Sarawak,” katanya.
Pembikinan filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Malah, dana tunai sebanyak 30 peratus daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut disalurkan kerana pihak produksi terbabit memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan kerjasama syarikat produksi tempatan.
Lokasi utama penggambaran secara keseluruhannya dijalankan di Sarawak, bermula 24 September 2019 hingga akhir Oktober pada tahun sama. Semua penggambaran dijalankan di Siniawan yang berada dalam daerah Bau, Sarawak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Adalah Peneman Kami Bertiga Ketika Ibu Kembali Single,” – Fasha Sandha Cerita Adik Pernah Tak Setuju Dia Temui Pengganti, Tapi Kini…
Pelakon Fasha Sandha menitipkan ucapan istimewa buat sempena hari kelahiran adiknya, Ikmal Daniel.
Dedah Fasha, Ikmal satu-satunya adik lelaki dalam keluarga ini yang menjadi peneman dirinya dan anak-anak sewaktu dia berpisah dengan suami tidak lama dulu.
Malah, jelas ibu kepada dua anak itu lagi, walaupun pada awalnya si adik tidak bersetuju dia berkahwin buat kali kedua, namun kini semuanya berubah.
“Love you @ikmaldaniels
“Sejujurnya, sebak tengok video ni, dialah satu satunya anak lelaki mama, dia adalah peneman kami ber3 ketika ibu kembali single.
“Dialah yang dukung ibu, dukung anak2 dan dia peneman makan dan jalan2.
“Sejujurnya bila dia dapat tahu diriku sudah ada pengganti, dia tak setuju. Katanya nanti tak ada masa untuk keluarga dan untuk dia.
“Ambil masa juga dia nak hadam ada ahli baru dalam keluarga kami. Apapun, Alhamdulillah kini dia dah boleh team ngan suami baru kita, sampai kita pun kdg2 dia tak peduli,” akui bintang ini lagi.
Fasha pada masa sama turut mendoakan yang terbaik buat adik tersayang.
“Semoga boy berjaya dunia akhirat dan bahagia selalu. Takpe boy single Angah ada, takyah sedih k.
“Life may be tough sometimes boy…But we’ll always have each other’s back.
“Kalau u all suka layan youtube pls subscribe kat channel dia k
Youtube boy =Zandha. Happy birthday my @ikmaldaniels.
“We love you #latepost #ikmaldanielturns23,” kongsi Fasha lagi.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Lalu, si adik dilihat turut memberi reaksi di ruang komen dan menyatakan Fasha sentiasa ada untuk keluarga pada waktu susah dan senang.
Fasha selamat bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac tahun lalu dan kini sedang sarat hamil anak pertama.
Terdahulu Fasha telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama bekas suami Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal kini berusia enam tahun, manakala adiknya, Putri Raysha Jemaima pula berusia empat tahun.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI