Usahawan kosmetik, Nur Sajat dilihat gembira memuat naik satu foto ketika dia bercuti di luar negara, baru-baru ini.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyennya yang memberi ‘hint’ bahawa seseorang cuba kembali dalam hidup figura yang terkenal dengan lagu Bobo Di Mana itu semula.
“People always wanna come back into your life when they see you looking good or doing good without a team…. Tiber!!!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sajat juga menerusi ruangan IG storynya, turut meminta agar seseorang itu ‘move on’.
“Mencari kesalahan orang lain demi menutup kesalahan sendiri!! Move on,” tulisnya.
Susulan itu, ada yang beranggapan individu yang dimaksudkan ialah Coach Yin.
Sebelum ini, keakraban Sajat dan Coach Yin dipercayai mulai renggang sejak Mac lalu apabila Sajat muat naik status berkaitan dengan ‘single’.
Malah kedua-dua mereka kini tidak lagi muat naik foto bersama-sama di laman IG masing-masing. Apa kes tu?
Foto/Instagram: Nur Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI