Setiap insan di dunia ini pasti mendambakan kebahagiaan dan mahukan kehidupan yang tenang, aman dan sentosa. Namun, kadangkala disaat leka mengatur kehidupan, barulah kita sedar bahawa kebahagiaan itu adakalanya sukar untuk dikecapi.

Sehubungan itu, penyanyi, pengacara dan usahawan jelita, Nana Mahazan telah membuat satu perkongsian dari bapanya tentang tiga cara untuk mengenggam kebahagiaan yang masih dijadikan pedoman dalam kehidupan Nana sehingga kini.

Amalkan Tiga Perkara Ni Pasti Bahagia!

“People Validation, Tak Penting!” – Nana Mahazan Hidup ‘Bahagia’ Dengan Cara Sendiri

Perkara berkenaan dikongsikan Nana menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam video berkenaan Nana menjelaskan jika mahu mengecapi bahagia harus patuh kepada tiga peraturan kehidupan yang diamalkan oleh bapanya, Mahazan.

Jelasnya lagi, jika setiap individu memahami dan mampu melaksanakan tiga pedoman yang digariskan oleh bapanya ini pasti mereka dapat menjalani kehidupannya dengan tenang dan mudah.

“Ini adalah pedoman saya yang saya selalu pegang. Bapa saya selalu ingatkan saya 3 Rules in Life ni. Kalau tiga perkara ni kita tahu, kita akan lebih tenang, senang dan Insha Allah kita akan menang.

1. Jangan Bandingkan, Raikan Persamaan

“People Validation, Tak Penting!” – Nana Mahazan Hidup ‘Bahagia’ Dengan Cara Sendiri “People Validation, Tak Penting!” – Nana Mahazan Hidup ‘Bahagia’ Dengan Cara Sendiri

“Yang pertama, apa yang bapa saya pesan kita kena faham manusia adalah berbeza-beza. Cara pembesarannya, environment, cara kefahaman, tahap pembelajarannya berbeza.

Ads

“Bila kita faham perkara itu, kita tidak akan stress. Kita tak perlu persoalkan kenapa perlu macam tu. Kita selalu fikir orang kena sama dengan kita tapi percayalah, manusia berbeza-beza,” katanya dalam perkongsian video berkenaan.

2. Jangan Berharap Pada Manusia, Jika Enggan Kecewa

“People Validation, Tak Penting!” – Nana Mahazan Hidup ‘Bahagia’ Dengan Cara Sendiri “People Validation, Tak Penting!” – Nana Mahazan Hidup ‘Bahagia’ Dengan Cara Sendiri

Selain itu, bapa Nana turut berpesan supaya tidak meletakkan sebarang pengharapan kepada orang sekeliling, kerana tindakkan ini hanya akan mengundang rasa kecewa sekiranya orang sekeliling gagal memenuhi harapan dan kehendak seperti apa yang kita impikan.

“Rules yang kedua, jangan expect anything from sesiapa. Maksudnya kita kenalah buka hati dan minda kita, bersikap terbuka menerima apa yang berlaku.

“Kita punya pengharapan hanyalah kepada Allah yang satu tu betul. Tapi bila kita letak banyak pengharapan pada orang tapi orang tak deliver macam mana yang kita mahu, kita akan lebih mudah kecewa.

Ads

“So, konsep dia adalah kita kena selalulah berlapang dada, berfikiran baik, berfikiran terbuka, Insha Allah, kita akan lebih tenang, senang dan menang,” ujar Nana.

Mengulas perkara sama, Nana turut mengambil kesempatan mengingatkan peminatnya dan juga wargamaya supaya tidak mudah membandingkan kelebihan diri dengan keupayaan orang lain.

Tegasnya perkara ini hanya merundumkan keyakinan diri dan memberikan ketidakselesaan dalam menangi sesetengah perkara atau masalah.

3. Jangan Biarkan Orang Lain ‘Tentukan’ Hidup

“People Validation, Tak Penting!” – Nana Mahazan Hidup ‘Bahagia’ Dengan Cara Sendiri

“Point yang ketiga, jangan biarkan orang lain dictate apa yang kita rasa. Jangan biarkan orang lain tukar mood kita. Jangan biarkan orang lain pengaruhi apa yang kita rasa.

Ads

“Maksudnya kita jangan mudah memberikan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Contoh even yang simple kat di media sosial kita rasa macam kita kecil bila tengok perkongsian orang lain. Kita menjadi orang yang live with people validation.

Tambahnya, ketiga-tiga perkara ini jika difahami dan diteliti dengan mendalam cara perlaksanaanya, pasti seseorang itu mampu peroleh kebahagiaan di dunia dan meneruskan kehidupan dengan hati yang tenteram dan berlapang dada.

“Kalau you guys betul-betul faham, Insha Allah kita akan lebih tenang, senang dan menang (bahagia),” jelasnya.

Memang mudah sebenarnya untuk mengecapi kebahagiaan jika kita tidak terlalu memikirkan perkara-perkara berunsur negatif.

Selain, amalkan pedoman bapa Nana ni, kita juga hendaklah meminta kepada pemberi ‘bahagia’ agar melimpahi kehidupan kita dengan ketenangan dan rasa syukur terhadap semua nikmat yang telah diberikan.

Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Hijabista

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Nana Mahazan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI