“Perabot Semua Hat Lama, Takpe Sayang,” – Kata Faralyna Idris Pada Suami Soal Persiapan Raya

Share

Pelakon, Faralyna Idris menerusi entri terkininya di Instagram ada berkongsi mengenai persiapan rayanya sama keluarga, tahun ini.

Katanya, dia tidak meminta lebih buat suami dalam persiapan Syawal selain memilih untuk mengecat dinding kediaman agar tampak seperti baru.

“Kalau dulu, nak raya je mesti sibuk layan mummy tukar curtain baru, tukar sarung cushion dkt sofa tu.. ke sana-sini lah tengok fabrics.
Lepas tu, rearrange perabot. Nak kasi rasa suasana baru.. Fresh. Kan?
Skrg ni, Bonda tak minta semua tu ( tahun dpn tak tahu lagi tau Ayah ).. Bonda minta nak tukar color dinding je. Haaaaa. Perabot semua hat lama, takpe. Sayang,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia sendiri mengakui pada awalnya lebih berminat untuk mengenakan wallpaper. Akan tetapi, mengenangkan ia agak sulit untuk bertukar kepada warna lain selepas ini, dia mereka sepakat  menggunakan cat.

“Kita tukar color cat baru, kasi feel baru satu rumah. Bonda suka wallpaper. Tapi risau pula kalau pakai wallpaper, esok lusa nak tukar, bukak wallpaper tu, rosak dinding ke kan. So Bonda decided utk go with cat yang ada special effect.

 

Macam ni! Cat dari @seamasterpaint.my .. ada few designs utk special effect cat ni. And pf course, ada pilihan warna lain.
Suka sgt yang ni!

 

Thank you, @seamasterpaint.my.Raya lebih bermakna tahun ni, Syukur Alhamdulillah #seamasterpaint,” maklum ibu kepada dua cahaya mata ini panjang lebar.

Foto : Instagram Faralyna Idris

Published by
Rafiq Mazlan