Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap hubungan cintanya bersama penyanyi, Raja Syahiran bakal berdepan pelbagai masalah lebih-lebih lagi ketika bergandingan bersama aktor kacak, Zul Ariffin.
Sebaliknya, Uyaina mendedahkan dia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan teman lelaki yang amat memahami mengenai kariernya sebagai seorang anak seni.
Katanya lagi, dia dan teman lelakinya, amat menitik beratkan mengenai soal profesionalisme lebih-lebih lagi sewaktu di tempat kerja.
“Sebelum perkenalan kami pun, saya dah terlebih dahulu menceburkan diri didalam dunia lakonan. Malah, dia juga dah faham dengan cara kerja saya.
“Bila melibatkan soal kerja, kami sangat memahami antara satu sama lain. Saya rasa kami tidak mempunyai masalah dalam situasi sebegini.
“Sewaktu di set pun, tiada apa-apa yang pelik pun berlaku. Segalanya berkisarkan mengenai soal kerja. Saya gembira kerana dikurniakan pasangan yang sangat memahami seperti ini,” katanya kepada MH.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Langsung ditanya mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga, Uyaina mendedahkan dia dan Syahiran kini lebih selesa untuk menumpukan perhatian didalam karier masing-masing terlebih dahulu.
“Setakat ini, kami masih lagi menumpukan perhatian di dalam karier masing-masing lebih-lebih lagi ketika PKP ini.
“Perancangan untuk berkahwin itu sudah tentu ada sama seperti pasangan-pasangan yang lain.
“Apapun, bila sudah ada tarikhnya nanti, kami tetap akan beri tahu kepada semua. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, Uyaina sebenarnya telah pun dirisik oleh keluarga teman lelakinya itu pada November tahun lalu.
Bibit-bibit percintaan pasangan ini mula jelas kelihatan sewaktu mereka menghadiri majlis resepsi rakan artis Mira Filzah dan Wan Emir Astar secara berpasangan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI