Beberapa hari lalu, satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan aksi hos, Nabil Mahir yang menggaul beberapa biji durian sehingga lumat sebelum menikmatinya.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan adegan Nabil ‘melenyek-lenyekkan’ nasi yang dicampur bersama durian, santan dan gula merah.

“Kalau nampak dia ni makan camni kat luar, terajang je

“Turn VOLUME UP But this is how you really enjoy your Nasi Durian

“Thank you all yang bagitau suruh cuba dengan Gula Melaka!

IKLAN

“Kurang manis tapi sedap! Kalau ada sesapa nak Nabil buatkan nasi ni bagitau #durian #food #foodporn #foodie,” tulisnya.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut telah menjadi perhatian netizen.

IKLAN

Bukan itu sahaja, netizen turut meninggalkan komen berbaur kecaman kepada pengacara yang berusia 31 tahun itu, meski ada yang memberi reaksi positif.

Namun ada netizen memberikan pendapat bahawa Nabil tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian, pada masa sama.

“Perangai Tu Elok Sikit Bro,”- Nabil Mahir Dikecam Fasal Tak Senonoh ‘Ramas’ Durian Sampai Lumat

IKLAN

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh netizen, mana yang baik kita jadikan panduan. Tak gitu?

Tapi kami percaya, Nabil berbuat demikian sebagai satu caranya bergurau dengan peminat.

Video berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton hampir 50,000 kali.

Video : Instagram Nabil Mahir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI