Hati bagai sudah berbunga-bunga apabila hadirnya insan tersayang membelai hatinya.
Pasangan romantis, Nur Risteena Munim dan Isa Khan mencuri perhatian ramai apabila mereka sudah mengumumkan pertunangan baru-baru di Bali, Indonesia.
Mahu mengimbau detik terindah, kakak kepada pelakon Ruhainies itu turut berkongsi video pendek yang memaparkan setiap momen indahnya bersama si tunang.
“Throwback zaman bercinta.
“Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya.
“Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.
“Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu mendoakan agar hubungannya bersama Isa berkekalan.
“Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat.
“Semoga saya terus menjadi semangat dan kekuatan awak. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Saya bangga dengan apa yang awak usahakan dan apa yang awak ada sekarang.
“I’m proud to say this, my Isa Khan,”akhirinya.
Video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan setiap aksi romantis kedua-dua pasangan sama cantik sama padan itu.
Sekali gus, telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan ratusan komen.
Terdahulu, Isa,26, telah mengumumkan sudah bertunang pelakon wanita pilihannya pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.
Pengumuman itu diadakan dalam sebuah majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik mereka di Bora Ombak, Putrajaya baru-baru ini.
Video: Instagram Risteena