Penyanyi Asmidar mendedahkan dirinya berasa bertuah apabila diberikan kesempatan menjejakkan kaki ke Paris, Perancis, kira-kira enam tahun lalu.
Menurut Asmidar, keberadaannya di bandar yang terkenal dengan jolokan ‘kota cinta’ pada ketika itu, sememangnya menjadi impiannya sejak kecil.
Katanya lagi, apa yang membuatkan dia rasa lebih berbangga apabila turut berkesempatan membuat persembahan istimewa sewaktu berada di sana.
View this post on Instagram
“Kota Cinta ini sentiasa menjadi tempat impian utk saya lawati sejak kecil lagi. Memang impian untuk ke Paris, tak pernah bertukarlah.
“Pakcik saya, pernah hadiahkan rantai bertulis “Paris” dan since then, selalu beranganlah nak ke Paris.
“Kemudian, enam years ago, Allah makbulkan doa saya dan dapat pula pergi ke Paris dan yang paling best, dapat perform di Paris.
“Perasaan saya macam “mimpi dapat diamond pastu dapat kawin dengan anak raja” hahaha.
“Haaaa rasa bertuah sangat- sangat dan seronok. Dan bila tiba disana, saya pun mulakan perjalanan untuk mengexolore Paris dan nikmati setiap detik di Paris,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Memoir Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Asmidar kecewa kerana tidak dapat isi masa lama untuk menerokai negara popular dunia itu.
“Namun, yaaa bila saya ada experience sendiri, Paris itu, actually saya agak kecewa. Dia macam indah kabar dari rupa, bagi pendapat saya.
“Maybe sebab saya pergi atas urusan kerja, jadi rasa tak puas berjalan-jalan di paris.
“Rasa kecewa sebab tak dapat explore lama di sana. Walaubagaimanapun, saya bersyukur sebab diberi peluang untuk ke Paris.
“Memang saya tak kan lupakan, dan pengalaman ini saya akan kenang sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangn komen, rata-rata netizen turut turut memberikan pandangan yang sama selain turut berharap agar Asmidar diberikan kesempatan lagi untuk menjejakkan kaki di bumi Paris.
“Sebenarnya Asmidar, awak tak keseorangan. Saya juga merasa begitu dan ramai orang lagi. Paris ada identitinya sendiri tetapi bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.
“Hi five. Me too. Will never go back to Paris.
“Memang Paris itu indah khabar dari rupa. Semua bilang begitu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Asmidar baru saja melancarkan single duet berjudul Kan Ada Setia hasil bersama penyanyi, Nami Harez yang juga menjadi runut bunyi drama Tak Sempurna Mencintaimu.
Setakat ini, muzik video lagu berkenaan telah pun meraih hampir 300,000 tontonan di YouTube.
Sumber: Instagram Asmidar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI