Kehilangan ibu tercinta dua tahun lalu ternyata memberikan kesan mendalam buat pelakon, Datuk Aaron Aziz.
Jika dahulu kepulangannya ke Singapura menjadi antara perkata yang dinanti, bagaimanapun kiniperasaan tersebut sudah berbeza.
“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiannya, memang saya sudah tawar hati. Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini.
“Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.
“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saja pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.
“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila di ke kubur ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menyedihkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal,”katanya.
Aaron dalam pada itu turut berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan haji bersama isteri, Dayana Halik, selepas lima kali mengerjakan umrah.
“Selepas lima kali buat umrah, kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Mekah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana Covid-19.
“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” katanya yang sudah tiga tahun memasarkan produk wangian di bawah jenama sendiri, The Oud by Aaron Aziz.
Ads
Mengulas mengenai perkara itu, bintang Pisau Cukur ini tidak menafikan dia sekarang kian selesa bergelar ahli perniagaan.
Sementara itu bercakap mengenai produk berkenaan, Aaron bersyukur dengan penerimaan baik pengguna terhadap tiga produk di bawah jenamanya kini.
Lebih membanggakan, The Oud by Aaron Aziz turut menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.
“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance.
Ads
“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan. Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah,”katanya.
Melihat perkembangan The Oud by Aaron Aziz dari awal pengenalannya, Aaron yang juga ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd. mendedahkan, dia sendiri tidak sangka apa yang dimulakan sebagai satu kepuasan diri ini membawa kepada satu peluang yang cukup besar untuk dia meneroka dunia perniagaan sekarang.
“Bila diberi ruang Nori Malaysia untuk saya muncul dengan wangian sendiri saya memilih bauan popular tanah suci. Kalau kita tahu bauan Oud ini memang mahal, jadi bila saya kenalkan bauan ini di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz dengan harga yang jauh lebih murah ramai yang tidak percaya.
“Tetapi di sini apa yang saya utamakan adalah kualiti pembuatan selain memastikan ia setanding dengan bauan antarabangsa lain.
“Ketika saya mulakan The Oud by Aaron Aziz juga menjadi niat saya untuk membantu orang di luar sana memulakan perniagaan. Jadi bila dalam tempoh PKP lalu, memang ini antara yang banyak membantu mereka.
Ads
“Alhamdulilah sepanjang tiga tahun hampir 100,000 botol sudah terjual selain pasaran Malaysia, antara yang negara lain yang turut memberi sambutan yang baik adalah Singapura dan Brunei,” jelasnya.
Aaron juga akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.
“Buat masa ini kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma buat masa ini kami memberi tumpuan kepada tiga produk ini dahulu, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance.
“Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana.
“Selain itu melalui Nori Malaysia juga saya bersyukur produk The Oud by Aaron Aziz juga mudah didapati. Ketika ini semua produk kami berada di rangkaian Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Shah Alam, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi.
“Selain itu, ia juga boleh didapati di Wetex, Muar yang juga outlet Nori,” tambahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Bagaimanapun, atas tuntutan kerja Bunga tetap menyanyi di sebuah persembahan yang turut menampilkan penyanyi antarabangsa Ronan Keating, pada Sabtu di Pullman Central Park, Jakarta Barat.
Lalu, rakaman video persembahan Bunga telah tular dan menjadi perhatian netizen di laman media sosial.
Bintang terkenal Bollywood, Katrina Kaif telah melangsungkan perkahwinan bersama Vicky Kaushal pada 9 Disember 2021. Pasangan yang merupakan pelakon dalam dunia perfileman Bollywood ini telah mengadakan majlis mereka di Six Senses Fort Barwara yang terletak di Rajashtan.
Desas desus perkahwinan mereka telah kedengaran sekian lama, namun begitu tiada yang dapat memberi kepastian kerana mereka sangat merahsiakan hubungan yang terjalin selama ini. Berita ini menjadi sahih apabila Katrina dan Vikcy sama-sama memuat naik beberapa keping gambar perkahwinannya di laman Instagram.
Kredit foto: Instagram Katrina Kaif/ Stories by Joseph Radhik
Dalam hantaran tersebut, mereka berdua berkongsi mesej yang sama. “Hanya rasa cinta dan kesyukuran di hati ini untuk segala yang membawa kami ke saat ini. Ku pohon semua kasih sayang dan berkat anda sementelah kami memulakan perjalanan baru ini bersama-sama,” ujar mereka ringkas.
Pasangan ini telah memilih pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi Mukherjee untuk bertanggungjawab mempersiapkan mereka di hari bersejarah itu. Tampil mewah dan regal dalam persalinan tradisional, Katrina anggun menggayakan lehenga berona merah manakala Vicky pula menggayakan persalinan sherwani rona putih gading.
Kredit foto: Instagram Katrina Kaif/ Stories by Joseph Radhik
Menurut laporan Hindustan Times, pasangan ini dikatakan meminta semua jemputan perkahwinan mereka patuh kepada polisi tiada telefon sepanjang majlis berlangsung. Malahan laporan itu turut menyatakan bahawa tetamu diberikan kod nama istimewa untuk menjaga kerahsiaan.
Sedikit informasi mengenai pasangan ini. Katrina yang kini berusia 38 tahun telah memulakan kerjayanya sejak berusia 20 tahun lagi. Dia bukanlah warganegara India sebaliknya memegang kerakyatan Britain. Vicky pula lima tahun lebih muda daripada isterinya dan telah aktif dalam dunia seni sejak tahun 2012 lagi. Filem terbaharu lakonan Katrina, Sooryavanshi kini sedang ditayangkan di laman penstriman popular, Netflix.
Penyanyi popular, Ernie Zakri mengenang kembali momen-momen sewaktu zaman kanak-kanaknya ketika dia menyertai program realiti nyanyian, Bintang Kecil satu ketika dahulu.
Menurut Ernie, pada ketika itu, dia telah pun dinobatkan selaku naib juara.
Pada konsert akhir, Ernie telah menyanyikan lagu Cuti-Cuti Malaysia dendangan asal penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Comel tak sayewwww @syamel_official . Masa ni minat sangat lagu Cuti-Cuti Malaysia @ctdk kebetulan tahun tu tahun Melawat Malaysia.
“Papa mama decided for me to sing this song, alhamdulillah dapatlah Naib Johan Bintang Kecil,” tulisnya di Instagram.
Tambah penyanyi lagu, Boneka ini lagi, dia sememangnya amat merindukan momen-momen tersebut kerana pada ketika itu, dia hanya memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia nyanyian.
Malah, isteri kepada penyanyi, Syamel ini turut tidak menolak jika anaknya ingin mengikut jejak langkahnya, satu hari nanti.
“Rindu waktu kecik, tak fikir apa apa. Tahu nak habiskan nyanyian lepas tu nak dapat upah dari Mama Papa, chicken chop.
“Kalau Khawla nak nyanyi, saya akan jadi manager dia. Macam Mama saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan telatah comel Ernie selain turut menzahirkan rasa bangga melihat perjalanan karier seninya sehingga hari ini.
“MasyaAllah comelnye you dear. Tak berubah.
“Why do you still look the sameeeee. Cutieee.
“Comelnya sis muka sama je sis @erniezakri . She babyface ya.
“Kecik-kecik lagi dah berbakat, patut laa sedap suara.
“Alahai comeynya Kak Ninie. Muka macam tu ja sampai jadi mommyyy Khawla,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 Mac tahun lalu.
Terdahulu, pasangan ini baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nur Khawla Soleha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.