Baru-baru ini, hangat diperkatakan susulan sepotong klip video yang memaparkan adegan panas pelakon tempatan yang mencetuskan sensasi di media sosial.
Kejadian tersebut nyata mencuri perhatian apabila klip video berkenaan mendapat respon pelbagai warganet.
Antara yang turut sama memberikan pandangan peribadi mengenai isu berkenaan ialah pengarah terkenal, Along Kamaludin.
Menurut Along atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin, perbuatan pengarah tersebut sememangnya tidak boleh diterima selain turut menyifatkan ia sebagai melampaui batas.
“Saya rasa itu mungkin perbuatan pengarah baharu. Kalau pengarah lama, dia tidak akan buat sebegitu. Dia akan fikir dua tiga kali apa implikasi yang akan terjadi selepas dia keluarkan klip-klip tersebut.
“Bagi saya, perbutan tersebut memang tak patut berlaku. Kita tak perlu nak tekankan drama kita untuk ramai yang menonton dengan menyajikan klip-klip seperti ini. Kita ada batas yang tersendiri. Jangan ikut macam ‘mat salleh’.
“Saya juga tidak bersetuju dengan pengarah tersebut yang mengatakan klip tersebut sebenarnya ‘director cut’. Bagi saya itu bukan director cut tapi sengaja dibuat. Mungkin dia tak faham apa itu director cut,” katanya kepada MH.
Ads
Along berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pratonton program television Awesome TV yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Isnin.
Katanya lagi, tindakan seperti ini secara tidak langsung akan mencalarkan imej-imej pengarah lain dan para pelakon juga akan turut sama merasai kesannya.
“Bila terjadi perkara macam ini, para artis akan dipandang rendah dan menjatuhkan maruah mereka sendiri. Orang luar akan menilai ‘Apa artis kita ni?’. Kita ini orang Melayu yang ada adat dan budaya. Kita tak sepatutnya melangkaui batas tersebut.
“Saya rasa perbuatan ini menjelikkan. Imej pengarah lain juga akan tercalar. Anda pengarah baru tapi anda tunjukkan contoh yang tidak elok. Sepatutnya anda kena menaikkan imej drama kita.
Ads
“Tapi apa yang kamu buat ni macam menjatuhkan industri. Saya minta maaf kepada pengarah tersebut kerana bercakap seperti ini tetapi inilah hakikatnya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai trend segelintir pelakon dan rumah produksi yang dikatakan sengaja mencipta gimik murahan demi mempromosikan karya terbaharu, Along berpandangan tindakan seumpama itu sebagai sesuatu yang memalukan.
“Itu merupakan trend yang dibuat oleh segelintir pihak yang miliki IQ cetek. Tak semestinya bila kita nak promosikan sesebuah drama sebab nak penonton tengok, kita buat perkara yang bukan-bukan atau memalukan.
“Kalau saya berada posisi pengarah tersebut, saya akan malu kepada keluarga dan industri. Kenapa perlu buat perkara seperi itu semata-mata untuk mempromosikan drama tersebut? Banyak lagi cara lain yang boleh dibuat.
Ads
“Memang benar drama Melayu kena advance dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi, tapi bukan cara seperti ini,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, drama terbaru arahan Along yang berjudul Antara Ikhlas Dan Kaca bakal ditayangkan di Awesome TV sepanjang bulan Ramadan nanti.
Drama ini akan membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan, Zain Hamid dan ramai lagi.
Bersempena sambutan bulan Ramadan tahun ini, Awesome TV tampil dengan kempen terbaharu dengan tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengannya’.
Pelbagai program menarik bakal disiarkan di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Redza Minhat menerusi posting terkininya di Twitter dilihat seolah-olah mempersoal bagaimana individu boleh mendapatkan gelaran penceramah atau Pencetus Ummah (PU).
“Aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?”
aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?
Meski tidak menyatakan kepada mana-mana individu, namun ia seakan terarah kepada suatu isu melibatkan penceramah bebas bersama bekas isterinya yang kini viral.
Status tersebut turut menarik perhatian netizen untuk memberikan reaksi.
Komen mereka mudah sahaja, hanya tiga perkara yang diperlukan iaitu jubah, kopiah dan gambar di Mekah.
Malah, tambah netizen lagi, mereka juga perlu mulakan dengan mengkritik golongan selebriti yang menanggalkan hijab untuk dapat gelaran penceramah.
Inilah kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tambahan pula, kita belum mendengar penjelasan sepenuhnya daripada pihak terbabit.
Bimbang, nanti kalau tak betul, timbul elemen fitnah pula
Foto – Twitter Redza Minhat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Tasha Awie di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) itubertemakan warna putih bagi lelaki dan merah hati untuk pihak perempuan.
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah turut memuat naik sekitar momen indah sepanjang majlis di Instagram buat tatapan umum.
Memetik mStar, penyanyi berusia 23 tahun ini mendedahkan mereka memberi tempoh pertunangan selama setahun namun berkemungkinan akan melangsungkan pernikahan tahun ini jika diberikan rezeki awal.
“Masa nak masuk dalam dewan itu, saya berasa agak gemuruh juga la… sampaikan kaki saya menggeletar. Tapi Alhamdulillah, majlis pertunangan saya dan Tasha berjalan dengan lancar.
“Kami rancang ikatan pertunangan ini dalam tempoh setahun tapi sekiranya diberikan rezeki awal, insya-Allah majlis pernikahan kami akan diadakan dalam tahun ini juga,” katanya.
Sementara itu, Tasha atau nama sebenarnya Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, berkata dia terpikat dengan sikap Ayie yang mementingkan keluarga dan layak untuk dijadikan suami.
“Saya melihat Ayie ini seorang yang sangat mementingkan keluarga dan dia juga seorang lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami.
“Memang pada mulanya, timbul perasaan cemburu kerana dia digilai peminat wanita tapi tiga tahun perkenalan membuatkan saya lebih memahaminya,” katanya.
Lalu, foto majlis berkenaan turut dibanjiri komen peminat yang turut sama tumpang gembira atas ikatan pertunangan antara pasangan dua merpati sejoli itu.
Foto: Instagram Ayie Elham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya kan suka perkara-perkara yang alami ni. Jadi, tanah liat merupakan antara barang berguna yang kita boleh temui di sungai. Tanah liat ini memang sangat baik untuk kulit,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok.
Katanya lagi, tanah liat ini juga mampu membersihkan dan melembutkan kulit wajah.
Di dalam hantaran sama, pelakon filem Chermin ini juga turut menunjukkan cara-cara untuk mengaplikasikan tanah liat tersebut pada bahagian kulit.
“Ia juga akan membuang segala kekotoran. Inilah clay mask yang original. Saya ambil tanah liat ini dan ketuk sehingga halus. Tanah liat ini juga akan lembutkan kulit kita. Rasanya sangat best.
“Lepas kita pakai, wajah kita akan nampak bersih sangat dan ia juga melindungi kulit daripada sinaran matahari. Kalau kita masuk hutan pula, ulat-ulat pun tak berani hinggap di kulit kita,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menghargai usaha Natasha untuk menghargai sumber-sumber alam.
“Kecil-kecil dulu selalu lumur lumpur dekat badan. Cari batu-batu macam ni, terus buat mask muka.
“Selalu guna yang batu-batu merah. Sangat best. Lepas cuci, rasa segar sangat.
“Segala ciptaan Allah memang sempurna. SubhanAllah.
“Makin hari, makin best konten-konten Natasha ni.
“Dah pakai clay mask, lepas tu mandi sungai dekat belakang tu. Memang menyegarkan,” antara komen-komen netizen.
Perkongsian tersebut menerima lebih separuh juta tontonan menerusi aplikasi berkenaan.
Sekadar informasi, Natasha kini menetap di Pulau Langkawi selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhammad Harits Jasmin pada 28 Mac 2022.
Natasha kini turut aktif dengan kerja-kerja kebajikan berkaitan alam sekitar serta banyak mempromosikan perkara-perkara menarik yang terdapat di lokasi percutian popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!