Tindakan ‘berani mati’ pelakon, Elfira Loy melompat di kolam renang sambil memakai kasut tumit tinggi di sebuah pusat peranginan nyata menggusarkan hati banyak pihak.
Rata-rata netizen beranggapan tindakan tersebut amat berbahaya bagi wanita yang sedang mengandung seperti Elfira.
Bagaimanapun, menerusi hantaran di Instagram stories, Elfira tampil untuk menjelaskan mengenai tindakannya itu.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, perasaannya untuk melompat di kolam tersebut sangat membuak-buak dan dia telah pun berfikir panjang sebelum melakukan tindakan tersebut.
Katanya lagi, sebagai seorang bekas atlet lompat jauh, dia menyifatkan jarak lompatan tersebut tidaklah terlalu sukar.
“Masa saya lompat ni, saya memang fikir semalaman nak buat atau tidak. Lepas tu saya tengok macam dekat je. Jadi, untuk belas atlet lompat jauh ni, saya rasa seperti kacang je.
“Tapi bila sampai dekat memang kecut perut. Tapi rasa nak sangat. Rasa nak yang macam orang mengidam makan sabun tu. Saya rasa mengidam nak lompat ni sebab saya rancang dah lama. Tapi saya memang tak sarankan untuk lompat bagi yang tak berani,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elfira turut percaya Allah SWT telah melindunginya sewaktu melakukan lompatan tersebut.
Elfira turut menambah, dia sebenarnya lebih selesa untuk bergerak aktif dengan menggunakan kasut tumit tinggi berbanding kasut-kasut yang lain.
“Kalau nak fikir ‘kalau jadi apa-apa macam mana?’, banyak lagi kalau dekat semua benda yang boleh terjadi. Saya percaya Allah lindungi saya. Saya baca doa dah masa lompat tu. Terima kasih risau pasal saya. Bila dah buat baru saya terfikir kenapa saya buat.
“Pasal kasut pulak, fun fact, I banyak tersadung pakai flats dan sport shoes dari pakai heels. That’s why saya boleh lari pakai heels but not with sandals. Kawan-kawan I semua tahu. So this little heels it’s like flats to me. We are born different ways okay,” kongsinya lagi.
Menerusi entri berasingan, Elfira memberitahu, dia sebenarnya enggan pedulu dengan komen-komen negatif yang dilontarkan oleh segelintir pihak.
Katanya, tindakan mereka itu seolah-olah seperi sengaja ingin mencari kesalahannya.
“Pasal orang suruh saya bersedia untuk dikecam tu, saya rasa kalau korang jenis suka cakap buruk pasal orang lain, tak perlulah salahkan orang lain ye. Tu memang perangai semula jadi anda.
“Banyak je post baik-baik saya post, seperti makan cake bersama keluarga tapi takda pula orang nak comments banyak-banyak. Jadi, itu memang pilihan anda.
“So I don’t mind anymore. Saya pun dah tua lah. Tak kuasa dah nak kisah fasal mulut orang. Itu korang punya pasallah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Elfira kini difahamkan sedang bercuti bersama suami dan anaknya.
Pada Oktober tahun lalu, Elfira mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua yang juga merupakan anak perempuan pertamanya.
Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Elfira Loy.