Pelakon, Tiz Zaqyah meluahkan rasa syukur apabila ibu dan ayahnya disahkan negatif Covid-19.
Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak memaklumkan khabar berita tersebut menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya sekeluarga.
“Forever will be, in many ways InsyaAllah Wanted to post this picture if my results were negative. Not so easy girl!
“But instead this morning, mom and dad’s results tested NEGATIVE Regardless of hardships, always be thankful. Allah will never burden a soul more than it couldn’t bear. (Quran 2:286)
“Please do not stop showering me with warm wishes and keep me and family and cats in your prayers. Thank you kawan2 ku. Trust in His plannings.#staysafe #staynegative,” tulisnya.
Link posting
Sebelum ini, Tiz mendedahkan dia didapati positif Covid-19, Ahad lalu dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin di kediamannya.
Foto: Instagram Tiz Zaqyah