Selepas dikatakan hampir setahun misinya tertangguh, penyanyi, Wany Hasrita akhirnya meluahkan rasa teruja apabila kini telah pun berjaya memiliki rumahnya sendiri.
Menurut Wany, berkat usaha dan doa yang berterusan, hampir segala yang diidamkannya telah pun tercapai.
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa.
“Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan untuk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay.
“Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Malah, Wany turut menyifatkan Allah sebagai sebaik-baik perancang dan ini juga merupakan hadiahnya buat ibu tercinta.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Wany.
Menerusi video tersebut, Wany dilihat gembira membawa ibunya itu meninjau keadaan sekeliling rumah baru mereka itu.
Sumber: Instagram Wany Hasrita