Datin Diana Danielle menyifatkan dirinya bertuah dan dia sentiasa bersyukur atas doa semua yang diberikan.
Malah, peminat serta keluarga yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat suami, Datuk Farid Kamil.
Katanya kepada MH, sejak dulu lagi dia bersyukur dengan para peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan.
“Terima kasih kepada peminat dan orang ramai kerana tidak jemu mendoakan saya dan suami. Mereka juga banyak membantu saya dengan memberikan kata-kata semangat.
“Saya juga mendoakan kepada mereka yang telah mendoakan saya,”kata Diana jujur.
Malah, bintang filem Gol & Gincu 2 ini juga mengakui bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Kalau kita percaya kepada Allah, Insyallah Dia akan bantu kita balik, setiap yang berlaku ini pasti hikmah disebaliknya,” kata Diana tenang.
Meski ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif atas ujian yang dihadapinya, namun dia tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyanyang.
“Kadang-kadang rasa terkesan juga, tapi ibu saya adalah penguat semangat.
“Saya juga beryukur dikurniakan ibu yang sentiasa memberi semangat kepada saya,” jelas ibu kepada dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora ini lagi.
Terdahulu, Farid pada 19 Jun lalu, dibenarkan menangguhkan hukuman penjara sembilan bulan, selepas menjalani hukuman selama 35 hari, sejak 15 Mei lalu.
Foto : Instagram Diana Danialle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI