Kecoh sejak semalam apabila pelakon sasa, Zul Ariffin mengumumkan dirinya bakal berkahwin tahun hadapan dengan wanita yang belum mahu didedahkan identitinya.

Meski belum bersedia untuk berkongsi siapakah gerangan wanita yang bakal disuntingnya sebagai permaisuri hati, namun  Zul mengakui wanita berkenaan adalah bukan Melayu.

“Saya hanya nak kongsi, yang saya mahu mendirikan rumah tangga. Tak mahu lagi bercinta lama-lama. Kita semua meningkat dewasa dan pengalaman mengajar.

“Saya mahu jadikan ikatan itu halal, dengan berkahwin,” akui Zul yang sudah pun berjanji kepada peminat untuk tidak akan merahsiakan sebarang berita gembira melibatkan status dirinya pada masa depan.

“Percaya Kepada Bercinta Selepas Nikah,” – Zul Ariffin Tak Mahu Bercinta Lama, Ingin Halalkan Hubungan

“Atas faktor tersebut, kami ambil pendirian untuk tidak terlalu terburu-buru kerana saya tidak mahu si dia memeluk Islam hanya untuk berkahwin,” jelasnya.

Ads

Ditanya mengenai sama ada dia percaya dengan ungkapan ‘bercinta selepas nikah’, Zul mempunyai jawapannya sendiri.

“Itulah yang sepatutnya. Saya percaya kepada situasi itu lebih-lebih lagi dalam budaya dan agama kita. Saya dah lalui macam-macam tetapi saya tidak pernah menyesali dengan apa yang berlaku.

“Alhamdulilah, saya kini nak kahwin sajalah. Saya mahu jadikan hidup ini lebih baik seterusnya berkahwin. InsyaAllah tahun depan,” terang Zul.

Ads

Terdahulu, Zul ditemui media pada majlis Tayangan Gala Filem Sangkar di e@Curve Damansara pada Rabu.

“Percaya Kepada Bercinta Selepas Nikah,” – Zul Ariffin Tak Mahu Bercinta Lama, Ingin Halalkan Hubungan

Selain Zul, turut sama menjadi penggerak kepada filem hebat ini ialah Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Ads

Sangkar turut mencipta sejarah tersendiri kerana diterbitkan empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini di pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos depan. Memang terbaik!

Foto: Instagram Zul Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI