“Jangan berkira dengan rezeki,” itu kata penyanyi Ayu Damit apabila ditanya mengenai perkembangan tanaman pertanian yang dimajukan bersama suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin sejak 2016.

Kata Ayu, dia hanya mampu mengucapkan rasa syukur dan gembira kerana perusahanan yang dijayakan sejak beberapa tahun lalu itu kini membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.

Malah, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga mengakui dia tidak lokek apabila bercakap mengenai rezeki kerana ia adalah limpahan dariNya yang perlu dikongsi.

“Alhamdulillah, sejak memulakan fasa tanaman cili secara ferigrasi sebagai percubaan kami menceburi sektor pertanian, kini kami mula terokai tanaman lainnya juga. Syukur, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

IKLAN

“Kami kini mempunyai empat pembantu yang bekerja sepenuh masa bagi menyelaras semua jenis tanaman,” kata Ayu optimis.

“Kalau nak dikatakan rezeki semakin murah, kami hanya mampu mendoakan yang baik-baik. Tiada apa-apa petua atau tips untuk sukses. Cumanya saya percaya rezeki itu milik semua dan perlu dikongsi.

IKLAN

“Kalau kita ikhlas memberi, sudah tentu Dia akan kembalikan sesuatu yang lebih baik nikmatnya. Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan dari wang ringgit semata-mata, InsyaAllah,” jelasnya.

IKLAN

Ayu pada masa turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memajukan perusahaan yang diusahakannya kini.

“Kami pun bermula dari bawah dan jujurnya, kami bukanlah orang yang hebat, akan tetapi Allah hantarkan orang lain yang lebih hebat itu kepada kami,” katanya yang turut mengusahakan tanaman jenis Durian King sejak awal bulan ini.

Foto: Instagram Ayu Damit

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI