Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Acha mengakui pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet terbaharu Fattah bersama bekas isterinya, Nur Fazura berjudul Bertahan Demi Cinta yang bakal dilancarkan Khamis ini.
Menurut Sakirin Acha atau Acha, dia juga menafikan dakwaan segelintir netizen yang menuduh Fattah cuba menggunakan isu perceraian sebagai gimik untuk mempromosikan single berkenaan.
“Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.
“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang,” katanya.
Acha menambah, Fattah menjelaskan single duet itu sebenarnya sudah lama dirakam dan pernah menjadi salah satu runut bunyi drama bersiri Hero Seorang Cinderella 2 sebelum ini.
“Lagu ini pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2. Malah proses penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.
“Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul,” katanya lagi.
Ditanya mengenai keadaan terkini Fattah selepas perceraian yang berlaku, Acha memaklumkan, pelakon itu berada dalam keadaan baik.
“Insya-Allah Fattah baik-baik saja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku ini membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut, tapi saya harap dia reda,” katanya.
Terdahulu, syarikat rakaman Indonesia, Hits Records memuat naik video di Instagram memaklumkan pasangan itu bakal melancarkan single Bertahan Demi Cinta pada 10 Oktober ini di semua platform penstriman digital.
Pada Isnin, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun bergelar suami kepada Fazura.
Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anggun Jelita Pada Usia 51 Tahun, Zarina Zainuddin Kongsi Rahsia – “Sekian Lama Saya Amal Jamu, Beras Pulut Bantu Tegangkan Kulit.”
Meniti usia 51 tahun, pelakon senior Zarina Zainuddin dilihat masih lagi tampak anggun dan sihat meski usianya mencecah separuh abad.
Ditanya mengenai soal penjagaan diri, Zarina mendedahkan dia mengamalkan beberapa rutin penjagaan diri sejak zaman muda.
Malah kongsinya kepada MH, jangan terlalu kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk diri sendiri sekiranya berkemampuan.
“Dulu kita tak berduit sangat. Tapi bila sudah rezeki sikit ni, rajin-rajinkanlah manjakan diri. Tak perlulah beli yang terlalu mahal, tetapi jagalah kulit dengan produk yang baik.
“Selain daripada itu, soal penjagaan harian sajalah. Kalau ada duit, tapi kalau pemalas nak jaga diri tak guna juga.
“Saya sejak sekian lama amalkan jamu. Ibu saya ‘ratu jamu’. Sekarang saya ada cuba jamu Perawan Gold daripada keluaran D’Herbs. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.
“Maklumlah bila sudah berumur ni, kita rasa cepat penat ditambah dengan komitmen kerja yang tak menentu,” katanya.
Zarina pada masa sama turut berkongsi, pengambilan beras pulut di dalam kehidupan seharian juga mampu membantu untuk menegang serta menghaluskan kulit wajah.
“Tapi mungkin juga ramai tak tahu, kalau amalkan ambil beras pulut, insyaAllah ia boleh membantu tegangkan kulit. Memang akan ada orang cakap nanti angin kalau sering makan pulut.
“Petuanya, sebelum ambil pulut, makanlah sesuatu utk alas perut. Selain itu, elakanlah ambilnya dalam kuantiti yang banyak. Berpada-padalah,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Sambut Raya Sebagai Ibu, Elfira Loy Rindu Kenangan Syawal Lalu
Pelakon, Elfira Loy ada memuat naik beberapa keping foto ketika menyambut hari raya Aidilfitri di akaun Instagram miliknya.
Istimewanya, ini merupakan pengalaman pertama bintang berusia 26 tahun menyambut Syawal sebagai ibu.
Selain itu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy meluahkan perasaan rindu sambutan hari raya Aidilfitri terdahulu.
“Raya Day 3 , masih bersiap in Baju raya . To be honest i love raya so so much.
“Selalunya during raya kita akan imbas kembali kenangan bersama dengan family , bergelak ketawa dengan kawan , masak untuk tetamu yang nak datang. It makes me happy.Hehe #Coveid #Rayadudukrumah,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Foto yang dirakam bersama keluarga kecilnya ifu juga mendapat reaksi pelbagai peminat.
View this post on InstagramA post shared by @ elfiraloy on
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Minta Maaf Sangat-Sangat,”- Bakal Pindah Ke Luar Negara, Sharifah Sakinah Mohon Maaf
Menerusi rakaman video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, pelakon Sharifah Sakinah mengatakan dia bakal meninggalkan tanah air dan berpindah ke luar negara tidak lama lagi.
Seperti yang diketahui umum, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menghidap penyakit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD menjelaskan status kesihatan kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.
“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan mental saya semakin teruk ketika ini.
“Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,” katanya.
Sakinah ketika dihubungi MH memberitahu dia akan menetap di luar negara untuk seketika waktu untuk menjalani rawatan pemulihan kesihatan mental dirinya.
Sebelum ini, Sakinah memaklumkan akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya selepas drama terakhir lakonannya, Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat pada Isnin lalu.
Sekadar informasi, Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI