Categories: Berita Hiburan

Perceraian Bukan Gimik Untuk Promosi Lagu Atau Dibuat Main, Pengurus ‘Update’ Keadaan Fattah – “Insya-Allah Dia Baik-Baik Saja, Saya Yakin Dia Kuat…”

Share

Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Acha mengakui pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet terbaharu Fattah bersama bekas isterinya, Nur Fazura berjudul Bertahan Demi Cinta yang bakal dilancarkan Khamis ini.

Menurut Sakirin Acha atau Acha, dia juga menafikan dakwaan segelintir netizen yang menuduh Fattah cuba menggunakan isu perceraian sebagai gimik untuk mempromosikan single berkenaan.

“Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.

“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang,” katanya.

Published by
MH