“Perceraian Tiada Kena Mengena Dengan Personaliti, Karier Dan Kerjaya Saya, ” – Kak Girl

Share

Personaliti media sosial, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 32 menafikan dakwaan segelintir netizen yang menganggap penceraiannya berpunca kerana kian dikenali menerusi video video parodi lip sync.

Menerusi perkongsian video @bestfmmalaysia, Kak Girl menindakkan kata-kata netizen yang menyifatkan punca cerai adalah kerana video-video viralnya sebelum ini.

“Kalau nak cakap secara klishe, memang kami tiada jodoh. Puncanya mungkin dari kurang persefahaman, tetapi ada netizen yang mendakwa saya bercerai disebabkan terkinja-kinja buat video seperti sebelum ini adalah satu fitnah.

“Perceraian ini juga tiada kena mengena dengan personaliti saya, karier dan kerjaya saya. 

“Hal ini (bercerai) ini juga disebabkan dari kami, kami yang bermasalah dan kami sepakat untuk berpisah.

“Apa yang dikatakan setengah netizen itu adalah melampau,” katanya yang kini terlibat dalam bidang pengacaraan dalam sebuah majlis di sekitar Johor Bahru. 

Dalam pada itu, Kak Girl turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan dirinya.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya. Insyallah saya okay sahaja. 

“Doakan yang terbaik untuk saya, terima kasih,” akhirinya. 

Terdahulu, Kak Girl dan bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki bercerai talak satu pada 20 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata setakat ini.

Video : Instagram BestFm Malaysia

Published by
MH