Percutian Pertama Sejurus Sah Jadi Suami Isteri, Ain Edruce Makan Angin Di Kota Dubai

Share

Terukir senyuman kegembiraan dan kebahagian di wajah pelakon dan model, Ain Edruce setelah bergelar isteri dengan jejaka pilihan hatinya, Amirul Hafiz.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram milik bintang drama bersiri J.K.K ini, Ain ada memuat naik beberapa keping foto percutian bersama suami di kota Dubai.

“From Dubai with love,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, pasangan sama cantik sama padan ini turut menyambut tahun baru di bandar pencakar langit di lokasi berkenaan.

“Thank you sayang @amirul_hafizz Happy 2020,” tulisnya lagi pada satu posting lain.

Terdahulu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan bernama Amirul Hafiz pada 13 Disember lalu.

Foto: Instagram Ain Edruce