Penerbit, Datuk Ziela Jalil kini sedang menikmati percutian bersama keluarga tercinta di Australia.
Lebih menyeronokkan, percutian tersebut diiringi cucu sulungnya, Tun Alayna Zeeya yang kini berusia dua bulan.
View this post on Instagram💞💞💞My Cinta Hati, Buah Hati Nenda, My Cucunda Yang Solehah, Tun Alayna Zeeya💞💞💞
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on
View this post on Instagram♥️♥️♥️ #fambam #goldcoastholiday2019
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on
Difahamkan, ini merupakan percutian pertama bayi comel itu disamping ibunya, Dr. Puteri Julia Nabilah dan bapa, Dr. Dziya Faqhran.
View this post on InstagramGoldCoast Family Holiday 2019♥️♥️♥️
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut gembira melihat keluarga bahagia itu dan meninggalkan komen yang pelbagai.
Dr. Puteri Julia Nabilah merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Foto : Instagram Ziela Jalil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Balkisyh Semundur Khan Hamil 7 Bulan, Tahniah!
Pelakon Balkisyh Semundur Khan yang kini hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.
Menurut Balkisyh, usia kandungannya kini sudah memasuki bulan ketujuh dan dijangka bersalin Februari depan.
“Saya memang mempunyai asma, jadi bila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan.
“Jadi bila doktor sudah beritahu status kesihatan apa semua… waktu nak balik tu doktor ucap tahniah, kandungan sudah cecah sebulan. Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.
Balkisyh menambah, suami paling teruja apabila mengetahui dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor sementara saya pula di Kuala Lumpur.
“Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.
“Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarganya turut menerima saya seadanya meski saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Malah mertua pun layan kami dengan baik. Itulah namanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon siri Lockdown ini juga menyatakan kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh kehamilan.
“Kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang jengok kami dan selebihnya kerap lakukan panggilan video.
“Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.
“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan sebaya berusia 34 tahun itu berkahwin pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunai Umrah Minggu Depan, Sarah Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Mekah Serta Pohon Semuanya Dipermudahkan
Pasangan selebriti, Shuib dan Sarah bakal berangakat ke tanah suci Mekah minggu hadapan bagi menunaikan umrah. Perkara tersebut dimaklumkan Sarah kepada MH.
Penyanyi lagu Semakin ini memberitahu, keberangkatannya ke sana turut disertai penyanyi Mark Adam dan isterinya.
“Alhamdulillah, niat untuk kembali ke tanah suci termakbul minggu hadapan, insyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Pada masa sama, Sarah turut memohon maaf buat semua yang mengenali dirinya.
“Mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, tutur kata, perbuatan atau apa saja khilaf kami. Halalkan juga yang termakan, terminum.
“Doakan kami agar perjalanan umrah berjalan dengan baik dan mendapat Umrah mabrur Insyaallah,” pinta Sarah.
Menurut Sarah lagi, ini merupakan umrah ketiga dan kedua buat suaminya.
“Jika dizinkanNya, ia menjadi umrah kedua buat kami sebagai suami isteri, syukur alhamdulillah,” jelasnya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Sarah bakal bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 esok, mempersembahkan single terkininya, Semakin.
Sementara Shuib pula baru saja selepas melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records apabila berjaya menjadi Most Numbers of Bees On Human Body (Male), di Melaka beberapa hari lalu.
Foto: Instagram Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Misha Omar Sporting Bawa Anak Tengok Konsert Billie Eilish, Sekarang ‘Menabung’ Untuk Konsert BTS Pula
Kehangatan penganjuran persembahan pentas dan konsert kembali rancak selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.
Terbaharu, konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri lebih 25,000 peminat setianya pada malam Khamis.
Penyanyi Misha Omar tidak ketinggalan berkongsikan momen anak sulungnya, Muhammad Adam Emir serta sepupunya yang menghadiri konsert tersebut menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.
Secara berseloroh, Misha berkata dia tidak menyertai anaknya menonton konsert tersebut kerana sudah puas berseronok melayan konsert Anuar dan Ziana Zain yang diadakan pada 6 Ogos lalu.
“Cik Billie Billie Eilish, anak-anak Kak Mitch dengan Kak Mimie (kakak Misha Omar) pergi tengok konsert awak malam ni (Khamis) tau.
“Kak Mitch dengan Kak Mimie tak ikutlah sebab hari itu dah berdendang sakan dekat konsert kak Ziana & Anuar Zain.
“Lepas ini nak layan konsert Syamel-Ernie, lepas itu bulan November nanti nak tengok konsert Datuk M. Nasir dengan MPO pula.
“Hidup ni macam itulah dik…mak mak enjoy, anak pun kena enjoy,” tulis Misha.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada peminat yang mengajak Misha untuk pergi menonton konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil pada bulan Mac tahun hadapan.
Misha memberikan respon dia kini sedang ‘menabung’ untuk membeli tiket konsert satu lagi kumpulan K-pop terkenal, BTS sekiranya mereka benar-benar akan singgah ke Malaysia untuk konsert jelajah nanti.
“Blackpink tak mahu, BTS akak (Misha) dah menabung untuk tiket kakak dan anak-anak,” balas Misha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI