Percutian Ziela Jalil Sekeluarga Di Australia, Tetap Tak Tinggal Cucu Kesayangan. Baru 2 Bulan Usianya

Share

Penerbit, Datuk Ziela Jalil kini sedang menikmati percutian bersama keluarga tercinta di Australia.

Lebih menyeronokkan, percutian tersebut diiringi cucu sulungnya, Tun Alayna Zeeya yang kini berusia dua bulan. 

Difahamkan, ini merupakan percutian pertama bayi comel itu disamping ibunya, Dr. Puteri Julia Nabilah dan bapa,  Dr. Dziya Faqhran.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut gembira melihat keluarga bahagia itu dan meninggalkan komen yang pelbagai.

Dr. Puteri Julia Nabilah merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.

 Foto : Instagram Ziela Jalil

Published by
MH