Pelakon dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin stabil selepas melakukan prosedur peletakan sten di Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Jun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Azlee memberitahu, dia sudah keluar daripada hospital dan dinasihatkan berehat selama sebulan untuk proses sembuh.

“Perdana Menteri Pun Ada Bantu Saya,”- Azlee Senario Minta Discaj Awal Dari IJN, Bill Cecah RM40,000

Pelakon dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar memaklumkan dirinya terpaksa meminta kebenaran daripada pihak Institut Jantung Negara (IJN) untuk keluar awal daripada hospital selepas menjalani prosedur peletakan sten.

Memetik laporan Berita Harian, Azlee dikatakan tidak mampu untuk menampung kos rawatan di IJN yang dilaporkan mencecah RM40,000.

Bagaimanapun, Azlee tetap lega keadaannya kini sudah beransur stabil.

“Keadaan saya bertambah baik selepas melakukan prosedur sten. Saya sudah keluar hospital dan berehat di rumah.

“Kalau nak diikutkan doktor memang tak benarkan saya pulang untuk biarkan jantung saya benar-benar pulih, tapi saya mohon keluar.

Ads

“Saya bukan tak nak duduk di hospital, tapi empat hari pun bil sudah mencecah RM40,000.

“Saya pula tiada insuran sebab dulu saya ada penyakit hempedu dan hati. Keluarga berkongsi duit, selain bantuan Yayasan Selangor.

“Alhamdulillah, saya dalam keadaan stabil sekarang,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, Azlee turut meluahkan rasa syukur apabila ramai pihak datang menziarah dan menghulurkan bantuan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ads

“Perdana Menteri Pun Ada Bantu Saya,”- Azlee Senario Minta Discaj Awal Dari IJN, Bill Cecah RM40,000

“Perdana Menteri ada hantar wakil datang melawat dan menghulurkan sumbangan. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Azlee ke klinik berdekatan rumahnya selepas sukar bernafas, sebelum dinasihatkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

HSB membawa Azlee ke IJN untuk menerima rawatan lanjut, sebelum menjalani pembedahan dan prosedur meletakkan sten pada hari sama.

Ads

Azlee berkata, doktor memaklumkan keadaannya sangat kritikal kerana jantungnya tersumbat sebanyak 99 peratus dan salah satu urat pada injap jantungnya putus.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagi-Lagi Senario itu juga kini mahu mengemalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan makan berkolestrol tinggi seperti yang disaran doktor.

“Yang utamanya saya kena elak makanan berkolesterol. Keduanya, perkara ini juga boleh disebabkan akibat tekanan kerja dan sebagainya, jadi mungkin jantung pam laju.

“Doktor ada nasihatkan saya apa yang boleh makan dan tidak boleh. Terima kasih kepada pihak media yang mengambil berat.

“Apa yang dapat kongsi, jangan makan makanan berkolesterol kerana ia boleh menutup injap jantung,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Berita Harian & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI