Semalam, model penuh kontroversi, Alicia Amin ada memuat naik foto di laman Instagram miliknya mengenakan pakaian berbaju kurung serta bertudung.
Pada mulanya, MH pelik juga mengapa dia memuat naik foto sedemikian, rupa-rupanya Alician merupakan salah seorang model untuk koleksi baju kurung raya di bawah koleksi Afiq Mohamed.
Lebih mengujakan apabila baju kurung tersebut dinamakan sempena ‘Muses’ pereka tersebut iaitu ‘Alicia’
“I’m crying in the club because Afiq Mohamed named the pieces in his collection after his muses.
“Wearing the ‘Alicia’ kurung for #Zalora2018, available on Zalora,” tulisnya di Instagram.
Patutlah Alicia bertudung, ambil mood raya rupanya! MH pun tak pasti apa motifnya memakai tudung tersebut, mungkin nak kenakan dengan busananya kot.
Dalam pada itu, menerusi pemerhatian MH di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen yang positif kepadanya mengatakan bahawa busana tersebut kelihatan cantik tersarung di tubuhnya.
Turut meninggalkan komen memuji Alicia adalah pelakon, Ramona Zam Zam.
sumber: IG Alicia Amin