Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan penerangan mengenai isu rogol yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dari sudut pandang Islam.

Menurut PU Azman, perogol akan dihukum sebagai pesalah dan cara wanita berpakaian pula bukanlah alasan untuk menghalalkan jenayah terkutuk ini.

“Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah.

“Perempuan seksi bukan alasan untuk ‘halalkan’ jenayah rogol,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Azman menerusi akaun Twitter.

Tambah juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu lagi, wanita sememangnya wajib untuk menutup aurat bukan disebabkan untuk mengelak rogol tetapi kerana perintah Allah SWT.

IKLAN

“Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat.

“Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penerangan yang diberikan oleh PU Azman itu.

“Perempuan Seksi Memang Wajib Tutup Aurat, Bukan Semata-Mata Nak Elak Rogol,” – PU Azman “Perempuan Seksi Memang Wajib Tutup Aurat, Bukan Semata-Mata Nak Elak Rogol,” – PU Azman “Perempuan Seksi Memang Wajib Tutup Aurat, Bukan Semata-Mata Nak Elak Rogol,” – PU Azman

Baru-baru ini, isu jenayah rogol telah menjadi topik hangat sehingga telah menimbulkan perbalahan beberapa pihak di platform media sosial.

sumber: Twitter Pu Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI