Aduhai… kapsyen pelakon dan ushawan, Rozita Che Wan atau lebih sinonim dipanggil Che Ta di Instagram memang tak pernah tak jadi isu.
Menulis kapsyen seakan-akan ada maksud tersirat, kata Che Ta perempuan suka yang ‘tahan lama.’
Tetapi, janganlah buat telahan terlalu awal kerana apa yang dimaksudkan pelakon Kak Marr ini bukanlah dalam sisi yang negatif.
“PEREMPUAN SUKA YG “TAHAN LAMA”….
Ads
“Tahan lama laa seronok.. Maksudnya ada kualiti.. “BARANG BAIK” bak kate orang.. Confirm lah tak carik lain dah kalau dpt yg tahan lama ni.. Mesti dok cari yg sama ja.. So laki2.. Kalau nk bagi “hadiah” yg plg best utk pasangan uolls.. Tolong lah bg yg tahan lama..
Akui dirinya menganggur sejak Mei lalu selepas program kendalian, CCTV ditamatkan siaran, pengacara dan penyanyi, Aril Pilus bagaimanapun menjelaskan situasi yang berlaku bukanlah tiket untuk dia meraih simpati.
Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, 37, dia bersyukur dengan cara hidup sederhana, sedikit sebanyak membantu dirinya menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.
“Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.
“Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Sesiapa yang alami perkara yang serupa pasti akan memahami perasaan itu.
“Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu.
“Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.
“Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu… tak nak pinjam meminjam ini,” katanya kepada MH.
Walaupun kehilangan pekerjaan, Aril berkata dia tidak putus semangat dan kini sedang berkira-kira untuk menceburi bidang akademik pula.
“Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.
“Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?
“Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival,” ujarnya.
Sekadar info, Aril memulakan kerjayanya dalambidang seni selepas menyertai program Akademi Fantasai musim ketujuh (AF7) pada 2009.
Aril mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini.
Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.
HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.
“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.
“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka.
Kumpulan ini baru tampil dengan lagu Suara Malaysia, bulan lalu.
Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.
“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.
“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.
Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.
“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.
“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.
“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.
Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJberharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.
“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.
“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.
“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.
“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.
HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan bapanya, Ibrahim Lew yang menghidap penyakit kanser perut.
Menurut Ebit, doktor memberitahu sel kanser yang dihidap bapanya kini sudah merebak ke beberapa bahagian lain.
Meski sedang menjalani tempoh kuarantin selepas pulang menjalankan misi kemanusiaan Palestine, Ebit bersyukur kerana masih berpeluang menziarahi bapanya di hospital sejurus melakukan ujian saringan Covid-19.
“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif.
“Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya.
“Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.
“Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.