“Perempuan Suka Yang Tahan Lama,” – Che Ta Kata Itu Hadiah Paling Best. Chop! Netizen Jangan Fikir Bukan-Bukan Ya…

Share

Aduhai… kapsyen pelakon dan ushawan, Rozita Che Wan atau lebih sinonim dipanggil Che Ta di Instagram memang tak pernah tak jadi isu.

Menulis kapsyen seakan-akan ada maksud tersirat, kata Che Ta perempuan suka yang ‘tahan lama.’

Tetapi, janganlah buat telahan terlalu awal kerana apa yang dimaksudkan pelakon Kak Marr ini bukanlah dalam sisi yang negatif. 

PEREMPUAN SUKA YG “TAHAN LAMA”….

“Tahan lama laa seronok.. Maksudnya ada kualiti.. “BARANG BAIK” bak kate orang.. Confirm lah tak carik lain dah kalau dpt yg tahan lama ni.. Mesti dok cari yg sama ja.. So laki2.. Kalau nk bagi “hadiah” yg plg best utk pasangan uolls.. Tolong lah bg yg tahan lama..

“Jap jap.. Uolls fikir pasai apa ni?,” tulisnya.

Jelas isteri kepada Zain Saidin ini, ‘tahan lama’ yang dimaksudkan adalah kualiti sesuatu barangan yang dibeli.

Bijak sungguh Che Ta bermain dengan kata-kata sehingga membuatkan netizen terpedaya jika hanya membaca sekilas pandang.

Sebab itu kita kena rajin membaca. Jangan hanya baca tajuk dan terus buat kesimpulan, tak gitu?

Foto – Instagram Che Ta

Published by
Noraini Abd Wahab