
Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita telah menjadi artis jemputan menerusi dalam program gaya hidup, Trek Selebriti di Astro Ria.
Selain berkongsi kisah mengenai kehidupan peribadi, penyanyi berusia 27 tahun ini turut meluahkan pendapat mengenai hubungan perkahwinan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Memuja ini mengakui fobia untuk berkahwin apabila melihat kes penceraian dalam rumah tangga semakin kerap berlaku di sekelilingnya.
“Bila dengar perkara macam ni kan, Wany selalu mengeluh dengan ibu Wany. Lepas itu, ibu akan cakap pada saya perkara itu adalah benda yang realiti sebenarnya dalam kehidupan.
“Kekecewaan itu adalah realiti, dan kalau kita nak jadi orang yang baik kita pasti akan selalu diuji oleh Allah.
“Kita pun ada dugaan kita sendiri cuma tak sama macam dugaan orang lain jadi apa yang penting macam kita nak mengatasi benda tu. Kahwin tu bukan benda kecil dan dia perkara yang besar lagi-lagi untuk orang perempuan.
“Perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami, bagi pendapat saya. Jadi bila tersalah pilih suami, semuanya berakhir,” katanya ketika ditemubual oleh hos rancangan, Alif Farhan.
Sekadar informasi, Wany atau Nursyazwany Hasrita Hasbullah telah dilahirkan pada 24 Disember 1992 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Video: YouTube KSS Studios
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kali Keempat Dapat Anugerah Dekan,” – Tak Pernah Sakiti Hati, Ayu Nazirah Tak Pernah Berhenti Buat Nourul Depp Bangga

Menerusi Instagram, penyanyi Nourul Depp ada memuat naik foto kenangan bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah yang dirakam ketika anaknya berusia sekitar tiga tahun.
Sambil merakamkan rasa syukur atas kehadiran pertama hatinya itu yang disifatkan sebagai anak yang baik, penyanyi yang sinomim menerusi lagu Kerana Terluka ini juga turut berbangga kerana anaknya itu turut memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian.
”Masa tu Ayu 3 tahun rasanya. Kat redang ka, kat tioman . Haaa muka Ayu sama macam #isabelladepp kan?
”Terima kasih puan @zalikhazulhaimi yang hantaq gambaq ni Kenangan sungguh!
“Anak kecik ni dah besaq dah. Tak pernah berenti buat kami bangga denagn dia. Lahirkan dia ke dunia ni pun dah buatkan kami bangga.
”Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami.
”Kali ke empat dapat anugerah dekan dari #unimas. MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas nikmat ini. Tahniah @ayu_ace, Mama love you,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah atas kejayaan anak remajanya itu.
Nourul sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Kemudian Nourul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Foto: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hidup Hang Pun Tak Terkawai, Sibuk Lah Dok Nak Kawai Apa Orang Buat,” – Kata Nourul Jangan Menghukum, Itu Kerja Tuhan

Menerusi perkongsian Nourul Wahab di Instagram, dirinya ada memaklumkan Islam menggalakkan untuk kita saling menegur antara satu sama lain andai terlihat sesuatu yang bercanggah dengan ajaran, namun tidaklah sehingga menimbulkan amarah dan sakit hati.
Namun jelas Nourul, sesetengah netizen lebih gemar menghukum dan mengatur kehidupan individu lain yang dirasakan tidak kena pada pandangan mata.
“Dalm Islam digalakkan menegur satu sama lain andai ternampak sesuatu yang sedikit bercanggah dengan ajaran yang kita TAHU.
“Tapi dalam society kita apa yang berlaku la ni, teguq cara yang salah sampai boleh menyebabkan sakit hati orang yang diteguq. Hukumnya dah tentu lh dosa kalau buat orang sakit hati dengan cara teguq yang salah.
“Cara teguq tu satu. Ni satu lagi yang suka kawai hidup orang! Hidup hang pun tak terkawai, sibuk lah dok nak kawai apa orang buat, apa orang pakai , apa orang nak baca, apa orang nak buat.
“Ni yang jenis tak pernah analisa diri. Bagi pendapat tu boleh, tapi jangan dok sibuk nak kawai hidup orang. Orang tu tau lah nak buat lagu mana hidup dia,” kongsinya.
Tegas penyanyi Cinta Azali ini lagi, kehidupan manusia tidak sempurna dan dan tidak perlu mengambil alih tugas tuhan untuk menjatuhkan hukum.
“Kalau ditanya, baru boleh bagi pendapat. Kalau dia tak tanya, tak habaq; toksah dok gatai mulut lah nak pi kawai hidup orang tu.
“Ini berlaku kat kami. Ramai sangat yang lagu tu. Kawai diri kita dulu. Tengok hidup kita dulu. Sebab kita ni manusia. Mana ada yang PERFECT. Semua buat salah. Kalau tak buat salah, kalau tak pernah GAGAL, bukan nama nya MANUSIA.
“Jadi, jangan jawai, jangan hukum orang selagi kita tak hidup dalam hidup dia atau kita tak kenai seseorang tu. Biaq tuhan yang buat qeja menghukum ni.
“Hukum menghukum manusia adalah KERJA TUHAN. Kalau nama kita manusia, jangan dok gatai buat qeja tuhan.
“Sorry cakap direct sikit. Sebab ni on behalf kawan2 dan kami yang dok terkena dengan orang yang judgemental,” kongsi ibu kepada empat orang anak ini panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Foto : Instagram Nourul Wahab
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Mahu Ulas…,” – Ruhainies Elak Kongsi Hal Mr E, Mahu Fokus Kerjaya! Bakal Muncul Dalam Filem Seram

Pelakon popular, Ruhainies, memilih untuk tidak lagi ‘menjaja’ kisah cinta dengan kekasih yang digelar Mr E kerana tidak mahu peminat terlepas pandang soal perkembangan kerjaya seninya.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, dia tidak kisah jika netizen mahu membuat pelbagai spekulasi mengenai status hubungannya dengan Mr E, ketika ini.
“Saya tidak mahu mengulas sama ada kami masih menjalinkan hubungan cinta atau sudah putus. Cukuplah dengan apa yang pernah dikongsikan pada peminat sebelum ini,” katanya.
Ditanya adakah Mr E tidak kecewa melihat keakrabannya dengan pelakon sensasi Zul Ariffin, Ruhainies mengakui, setiap apa yang dilakukan mengikut keputusan sendiri.
“Saya rapat dengan Zul sebagai sahabat dan rakan artis. Sebab itulah, saya pilih Zul menjadi rakan gandingan sebagai promosi dalam klip video malam berinai yang dimuat naik menerusi laman Instagram, sebelum ini,” katanya.
Ditanya persoalan mengenau perkahwinan, kata Ruhainies, dia tidak merancang berkahwin pada tahun ini.
“Saya mahu fokus mengukuhkan nama dalam kerjaya seni terlebih dahulu.
“Sebagai pelakon, saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon drama sahaja kerana mahu mengembangkan kerjaya ke layar perak,” katanya.
Ruhainies bakal muncul dengan filem baharu, Musyrik – Api Neraka Menantimu!
Berkongsi lanjut mengenai filem bergenre seram itu, Ruhainies menjelaskan dia menerima tawaran berkenaan kerana mahu mencuba filem genre seram.
Filem arahan Arjin Uppal itu menyaksikan Ruhainies bergandingan dengan Ashraf Muslim dan Aeril Zafrel selaku teraju utama.
“Saya seorang penakut, tetapi Arjin berjaya memujuk saya berlakon dalam filem seram ini. Saya bertuah bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril.
“Aeril misalnya banyak membantu memberi tunjuk ajar untuk saya menjiwai karakter Farah seperti tuntutan watak,” katanya lagi
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Tambahnya lagi, dia turut berdepan cabaran ketika melakonkan babak sebagai Farah yang dirasuk dalam filem itu.
“Penggambaran filem ini banyak dilakukan pada waktu malam dan babak dirasuk dibuat pada jam 3.30 pagi.
“Mujur babak Farah dirasuk turut dibantu dengan elemen imej janaan komputer (CGI) untuk menghidupkan lagi karakter,” katanya.
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.
Trailer rasmi filem tersebut telah dilancarkan pada 15 Jun lalu di saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI