Lagu Temberang berkumandang di padang UiTM Dungun, Terengganu dengan gelagat seorang pelajar lelaki menari mengikut lenggok Lagu Temberang.

Malah, lagu terkini dari Ayda Jebat itu cukup menarik hati pengguna media sosial, apabila Ayda sendiri dilihat berkongsi pautan berkenaan di Instagram.

Menerusi kapsyen penyanyi ini pula, dia turut terhibur dengan aksi spontan pelajar terbabit, lebih-lebih lagi dengan ‘tarian pinggul’ yang dilakukan.

“Dapat banyak dm & video viral ni! Thank you UiTM Dungun! Yang ni kalau saya pergi ganu confirm jadi dancer saya. Nak babygirl datang tak?

“Get ready adik! Perform solo ek you berani bethooool! Pinggang ok tak tu? Macam pok lekor tranung hok aloh mung ni.

IKLAN

Tag siapa yang ada dalam video ni,” pinta bintang Cindai ini.

IKLAN

Pada masa sama, perkongsian tersebut telah mendapat tontonan lebih 150,000 ini mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Pinggang Ok Tak Tu? Macam Pok Lekor Tranung,” – Pelajar Gelek Lagu Temberang, Buat Ayda Jebat Senyum!

IKLAN

“Pinggang Ok Tak Tu? Macam Pok Lekor Tranung,” – Pelajar Gelek Lagu Temberang, Buat Ayda Jebat Senyum!

Dalam perkembangan lain, Ayda bakal muncul menerusi single baru, Better Than You tidak lama lagi.

Foto : Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI