Pelawak dan penyampai radio, Ajak menjelaskan kumpulan Shiro masih lagi aktif dan tidak pernah terkubur meskipun dia bersama pasangannya, Shahrol kini memiliki komitmen yang tersendiri.

Jelas Ajak atau nama sebenarnya Muhamad Hanaffi Razak, buat masa ini, Shiro hanya akan memenuhi jemputan bagi projek-projek khas manakala bagi program pertandingan lawak di televisyen pula mereka memutuskan untuk tidak menyertainya lagi.

“Shiro masih lagi ada. Sebenarnya kalau anda perasan saya dan Shahrol banyak bersatu bila projek-projek khas sahaja.

“Kebanyakkannya juga kami jarang dapat undangan bersama. Ada ketika mereka mahu Shahrol, kalau mereka nak saya pula, saya seorang sahaja. Saya pun tak faham mengapa begitu.

“Pada ketika ini ramai juga peminat yang tanya, bila Shiro nak kembali aktif? Tapi buat masa sekarang ni, untuk pertandingan atau apa-apa melibatkan penilaian, mungkin kami dah tak masuk kot,” jelasnya kepada MH.

Ads

Ajak berkata sedemikian sewaktu ditemui media di Konsert Digital Jelajah Suria yang berlangsung pada Rabu.

Ditanya mengenai responnya terhadap penglibatan Shahrol di dalam dunia politik, Ajak menjelaskan perkara sedemikian bukan menghalang buat mereka untuk meneruskan persahabatan.

Ads

“Sebenarnya Shahrol ni memang suka buat kerja-kerja amal macam tu. Jadi bila dia dah serious ke arah politik, saya rasa bukan hak saya untuk menghalang.

“Malah, saya tengok pergerakan dia ketika ini Alhamdulillah, cantik semuanya.

“Shahrol pernah jumpa saya, dia kata kalau dia tak ajak saya pergi mana-mana program, dia minta maaf. Sebab dia tidak mahu libatkan saya dalam bidang tu juga,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, penyampai segmen Team Pagi Suria ini turut memaklumkan, dia dan Shahrol sememangnya sudah faham mengenai komitmen masing-masing dan mereka jelas selesa dengan perkara tersebut.

“Dia juga faham pasal saya. Saya masih lagi cari makan dalam bidang ni dan dia juga tak libatkan saya dalam bidang dia.

“Saya sebenarnya tiada masalah. Nak jumpa atau bersembang pun semua okay. Kami ada je telefon bertanya khabar. Walaupun dia dah masuk bidang politik, ini bukan penghalang untuk persahabatan kami.

“Masa mula-mula dia naik pentas pun saya ada nasihatkan dia pasal cara penyampaian. Saya minta dia kurangkan gagap. Walaupun kita tak selalu jumpa tak semestinya kami gaduh,” akhirinya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI