Sejak semalam, nama penyanyi, Farisha Iris menjadi bualan hangat netizen selepas dia memuat naik sebuah video baru di akaun Tik Tok miliknya.

Video berkenaan memaparkan Farisha sedang menaiki kereta yang dipandu oleh pelakon, Niezam Zaidi.

Kedua-dua mereka kelihatan cukup mesra dan kedengaran juga suara Farisha sedang ketawa saat berbual bersama Niezam.

@farisha_iris 😊 #fyp #fypシ ♬ 369 Manifestation Journal on Amazon – Manifesting Tips

Video berkenaan nyata mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak yang berteka-teki mengenai hubungan dua selebriti itu.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan tidak kurang juga yang ‘patah hati’ saat melihat Farisha bersama Niezam.

“Tak tahu nak patah hati macam mana yang ini.

“Pergh crush dah jadi milik orang.

“Tolong jaga dia elok-elok ye awak.

Ads

“Abang Ijam manih. Suka tengok dia ni berlakon. Semoga bahagia milik kalian,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.

Bagaimana pun, sehingga kini kedua-dua belah pihak masih lagi belum membuat sebarang penjelasan berhubung video tersebut.

Ads

Malah, penyanyi lagu Hello ini turut mengehadkan ruangan komen di akaun Tik Tok miliknya.

Sekadar informasi, sebelum ini, Niezam pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi dah pelakon, Nonny Nadhirah.

Namun, pada 2020, pasangan ini memutuskan untuk menamatkan hubungan cinta mereka sekali gus membatalkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Farisha Iris, Niezam Zaidi & Tik Tok Farisha Iris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI