Emma Maembong berkongsi beberapa keping foto ibunya sewaktu muda dengan titipan ucapan penghargaan.
Jelas Emma, meski sambutan Hari Ibu telah berlalu, namun baginya setiap hari merupakan hari istimewa buat ibu tercinta.
“Everyday is mothers day,n i know its kind of late but just to make it special,id like to wish my beloved mother happy mother’s day!
“I love u very much mama #Loveyouforevee #Emmamaembong #Emanizers @emanizers,” kongsi bintang cantik ini di laman Instagram.
Netizen nyata kagum dengan kejelitaan wajah ibu Emma dan meninggalkan reaksi di ruang komen.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik beradik.
Bapanya, Ismail Embong berkahwin dengan Yatimah Zainab, wanita berketurunan Scotland.
Bagaimanapun, pasangan ini telah pun memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Sementara Emma, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar, dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.
Foto : Instagram Emma Maembong