Pelakon Aidil Aziz telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya, semalam.
Kongsi Aidil, dia telah pergi ke bazar ramadan bersama dengan isteri tercinta, Fasha Sandha.
“1st time kami dapat pergi bazar ramadhan sama2 .Macam2 isteri mintak.Tapi takpa,masa berbuka tadi semua dia mkn.”tulisnya.
Di samping itu, perkongsian Aidil itu telah menjadi perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat telah syak yang kini Fasha seakan sedang hamil dan berbadan dua.
Apa-apa pun kita doakan sahaja yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga Aidil dan Fasha dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.
View this post on Instagram. Bulan Ramadhan yang berbeza pada tahun ini. Syukur Alhamdulillah ? . #aidilfasha
A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on
View this post on Instagram. ▪️ #aidilfasha ▪️ . Happy shooting to you? . #isteri #permaisuri #jantunghati
A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on
Foto : Instagram Aidil Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Buat Keputusan Bukan Ikut Peserta,” – Tiada Penyingkiran, Astro Nafi Nak Selamatkan COEX
Konsert Minggu Ke-5 Big Stage 2023 menyaksikan kejutan selepas pihak Astro memutuskan untuk tidak mengadakan penyingkiran.
Tiga peserta yang berada tangga terbawah iaitu Firdaus Rahmat, Farhan Shah dan kumpulan COEX dapat menarik nafas legas selepas kesemua mereka dapat meneruskan lagi perjuangan pada minggu hadapan.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menjelaskan pihaknya mahu memberikan satu lagi peluang buat para peserta untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka pada minggu hadapan.
“Setiap musim akan ada minggu yang tiada penyingkiran dan kami merasakan minggu ini adalah masa yang terbaik untuk beri mereka fasa berehat agar mereka dapat kembali memberikan persembahan terbaik pada minggu hadapan.
“Kami berharap agar mereka dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengubah cara persembahan mereka,” katanya.
Pada masa sama, Idlan turut menafikan keputusan untuk tidak mengadakan penyingkiran itu adalah untuk menyelamatkan kumpulan COEX yang berada tangga tercorot.
“Cara kami buat keputusan bukan bersandarkan kepada peserta. Kalau ada yang tersingkir pun, pihak juri masih boleh menggunakan Imuniti X.
“Berdasarkan perancangan episod pun, kami merasakan ini adalah waktu yang terbaik. Kami mahu bawakan perkara yang positif pada minggu hadapan,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kemungkinan dua penyingkiran bakal berlaku pada minggu hadapan, Idlan memaklum segalanya masih bergantung keputusan pihak Astro.
Bertemakan Hari Jiwa Galau, kesemua peserta BS5 minggu ini diadili juri tetap Ajai dan Aina Abdul bersama juri jemputan, Datuk Ramli MS.
Dikongsikan kedudukan kesemua peserta bertanding minggu ini berdasarkan markah yang diberikan juri profesional;
1. Hoondoo – 85.32%
2. Putera Muhammad – 78.00%
3. Dem Lepak Boyz – 75.67%
4. Nadeera Zaini – 73.00%
5. Waode – 65.33%
6. Puteri Khareeza – 64.33%
7. Aufahanie – 58.33%
8. Firdaus Rahmat – 47.00%
9. Farhan Shah – 46.67%
10. COEX – 41.67%
Sementara itu, Dem Lepak Boyz menerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Pilih Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik,” – Kamar Kamariah Menang, Datuk Rosyam Nor Percaya Rezeki
Terdahulu, drama fenomena, Nur telah merangkul anugerah Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin tahun lalu.
Tahun ini, kategori sama nyata berpihak kepada drama rantaian hebat, Kamar Kamariah.
Menurut penerbit drama berkenaan, Datuk Rosyam Nor mengakui dirinya tidak menjangka akan merangkul anugerah tersebut.
“Saya tak sangka drama Kamar Kamariah ini diangkat sebagai drama rantaian terbaik dan saya dedikasikan ini kepada Allayarham Raja Ahmad Alaudin yang mengarahkan drama ini.
“Malah barisan pelakon drama ini turut menjadi sebahagian faktor kemenangan kerana tanpa mereka saya rasa drama ini tidak diumumkan sebagai pemenang” kata Rosyam.
Ditanya andai ada yang membandingkan kemenangan drama tersebut bersama drama Nur 2, bintang senior ini punya jawapan sendiri.
“Sebenarnya kita tak mengharapkan apa-apa. Bagi saya dah masuk pencalonan top 5 dalam Anugerah Skrin pun dah cukup baik.
“Malah saya tak nafikan drama saingan lain pun cukup hebat seperti drama Nur 2, Pia dan yang lain-lain.
“Saya tak nafikan drama Nur mempunyai peminat yang tersendiri dan sudah masuk musim kedua pun drama tersebut.
“Tetapi juri di Anugerah Skrin pasti ada sebab tersendiri dan inilah yang dinamakan rezeki Kamar Kamariah untuk malam ini,” jelas Rosyam kepada MH.
View this post on InstagramDrama Kamar Kamariah menang Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2019. Tahniah @iamrosyam !
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Drama rantaian Nur 2, Aku Yang Kau Tinggalkan, Pia dan Sara Kirana antara yang tercalon untuk kategori Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin tahun ini.
Sekadar informasi, pengarah Kamar-Kamariah, Allahyarham Raja Ahmad Alauddin telah kembali ke rahmatullah 29 Ogos lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Lebih Bijak Dari Manusia Normal,” – Watak High Functioning Autism, Hisyam Hamid Buat Persiapan Rapi
Pelakon Hisyam Hamid mengakui membuat persiapan rapi untuk membawakan watak Azizi yang juga merupakan seorang pengidap autism didalam drama terbaharu Bunga Salju.
Menurut Hisyam, dia juga telah meluangkan masa untuk mendalami ilmu mengenai austism serta bergaul dengan pengidap simptom tersebut.
“Saya agak gementar ketika diberi watak Azizi, jadi saya buat kajian dengan tonton filem luar negara dan pergi ke NASOM selain berjumpa dengan lelaki yang wataknya sama dengan Azizi.
“Lelaki itu bernama Syafiq berusia 29 tahun. Bekerja dalam bidang IT dan seorang high functioning autism sama seperti watak Azizi. Dia seorang yang sangat bergantung kepada nasihat ibunya.
“Saya perhatikan cara dia bercakap, berjalan dan gerak tangannya, hasilnya adalah apa yang penonton lihat dalam drama Bunga Salju,” katanya.
Pada masa sama, pelakon asal Singapura ini juga teruja apabila drama ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai bahawa pengidap autism ini turut mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.
“Saya ada baca komen-komen penonton di laman sosial, rata-rata mereka tidak tahu ada orang autisme seperti Azizi.
“Malah ada yang komen mahukan lelaki seperti Azizi kerana jujur (ketawa).
“Apapun saya gembira naskhah ini selain hiburan turut memberi kesedaran kerana penonton bahawa ada orang autisme yang high functioning dan ada kalanya mereka lebih bijak daripada orang normal,” ujarnya lagi.
Terdahulu, drama Bunga Salju berjaya mendominasi dan meraih rating tertinggi untuk slot Tiara (jam 6 petang) di Astro Ria.
Menurut penerbit David Teo, dia tidak menyangka genre drama seperti ini mendapat sambutan hangat daripada penonton.
“Mulanya pihak kami agak bimbang peminat drama mungkin tidak mahu tonton drama tentang autisme, tetapi kami silap kerana Bunga Salju mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton.
“Saya sendiri difahamkan Bunga Salju mendapat rating tertinggi untuk slot Tiara di Astro Ria setakat ini dan apa yang membanggakan drama ini masih belum tamat dan berbaki banyak episod lagi.
“Kejayaan drama ini datang daripada kerjasama satu pasukan yang baik, bukan sahaja daripada barisan pelakon yang sangat cemerlang tetapi juga kru belakang tabir,” katanya lagi.
Sementara itu, watak Hamdan yang dibawakan oleh pelakon Hariz Hamdan turut berjaya menambat hati penonton meskipun ini merupakan pengalaman pertamanya membawakan watak antagonis.
“Sepanjang drama ini bersiaran saya sudah bersedia untuk dibenci dan dikecam penonton kerana Farouk memang sangat jahat.
“Selain membuat kajian sendiri, saya juga dibantu oleh pelakon-pelakon senior yang hebat di set penggambaran seperti Hasnul Rahmat dan Zul Huzaimy,” kongsi Hariz.
Terdahulu, Bunga Salju ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Itu respons pelakon Aedy Ashraf ketika diminta mengulas mengenai situasi hubungannya bersama aktres dan pengacara Amelia Henderson yang dikatakan sudah tidak akrab seperti dahulu.
Menurut Aedy, mereka kini sudah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Dia bagaimanapun akui masih simpan perasaan sayang terhadap bintang cantik itu.” />
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI