Hari ini telah berlangsungnya sebuah majlis minum petang untuk kempen Dunia Tanpa Wanita anjuran Mingguan Wanita sempena hari wanita sedunia. Majlis tersebut telah berlangsung pada di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Oleh itu, MH telah berkesempatan bertemu dengan penyanyi Elly Mazlein yang merupakan salah seorang artis yang membuat persembahan di majlis tersebut.
Baru-baru ini, Elly Mazlein atau lebih gemar dengan panggilan Kak Lina dikhabarkan telah pergi bercuti ke negeri Kelantan untuk bebeberapa hari.
Menurut Kak Lina, ia akui kini dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka yang berasal dari negeri itu dan masih lagi dalam fasa pengenalan antara satu sama lain.
Tambahan lagi, penyanyi yang berusia 39 tahun itu telah memaklumkan dia telah pergi ke Kelantan untuk mengenali keluarga jejaka itu dengan lebih dekat.
“Ya, Kak Lina kat Kelantan, Kak Lina jumpa family kawan Kak Lina tapi setakat ini Kak Lina tak berani nak cakap apa-apa sebab kita baru dalam proses kenal mengenali kedua belah keluarga.”
“Untuk nak cerita lebih lanjut belum lagi sebab kita tak ada lagi sebarang perbincangan untuk yang seterusnya.”
“Sebenarnya kita hanya merancang benda yang baik-baik, so Kak Lina mengharapkan segala niat itu akan berlaku dengan jayanya tapi walau macam mana pun Kak Lina masih lagi , kami masih lagi usaha ke arah itu.”kata Kak Lina.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bakawali itu turut berkongsi pengalamannya sepanjang berada di Kelantan.
“Kak Lina sangat have fun dekat sana, Sephia pun! Banyak tempat kami pergi. Kawan saya dan family dia banyak bawa kita orang sana sini sampai ke Terengganu dik!”kata Kak Lina dengan teruja.
Selain itu, Kak Lina juga berkata pengalaman berada di sana sangat seronok dan mengembirakan.