Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih sinonim dipanggil Che Ta telah memuat naik satu keping gambar ketika menunaikan ibadah umrah bersama suaminya menerusi akaun Instagram miliknya.
“BERDAKWAHLAH SEMAMPUMU”
“Tidaklah kita dituntut memberi hidayah kepada hati-hati manusia kepada (Al-Haq) kebenaran yang kita serukan kepada manusia.”
“Akan tetapi kita dituntut untuk berdakwah saja . Salam jumaat.”
Selepas netizen melihat gambar tersebut lantas memberi komen yang sebegini
“Gi umrah pun jangok…..eerrmmmmm”
Tetapi ada juga yang memberi komen positif kepada Che Ta setelah melihat kecantikan Che Ta yang tak kalah gaya saat di tanah suci.
Alahai netizen ni memang tajam je matanya. Apa-apa pun Che Ta tetap cantik dan pandai bergaya as always!
Foto: Instagram Rozita Che Wan