Pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi cerita bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kakak tercinta, Nur Farra Sandha Hassan, aktres jelita ini mengimbau kembali kenangan ketika di usia kanak-kanak.
Fasha mendedahkan dia dan kakaknya berasa sangat bahagia meski tidak dibesarkan dengan kemewahan atau kekayaan.
“Perjalanan kami membesar tidak semewah kanak2 lain, namun kami sangat bahagia.
“Selamat hari lahir buat kakak sulung kesayanganku Farra Sandha (gambar belah kanan tu ) i belah kiri tu, sama2 comel kan.
“Kak,Walaupun you Always bully me when i was small, i know you love me kak.
“Thank You for always showering Your Unconditional love on me sejak kita kecik lagi.
“Happy 39th kakak Ku, jom dear followers ku semua doakan agar kakakku diberikan kesihatan yang baik dan sukses dunia akhirat.
We love you kak.Hope to see u and family soon.Kakak kita takde IG sebab dia tak suka media sosial Kalau nak dm, boleh dm anak laki dia @dani_raiyan Happy birthday kakak 5th Feb,” tulisnya panjang lebar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah Fasha ketika masih kecil.
Foto: Instagram Fasha Sandha