Azwan Ali sekali lagi menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen apabila memuat naik satu rakaman video yang merakamkan dirinya sedang memaki dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap kucing peliharaan di akaun media sosial miliknya, baru-baru ini.

Malah, perkongsian Azwan turut menerima respon daripada Persatuan Haiwan Malaysia yang meluahkan rasa kekesalan atas tindakan bintang berkenaan.

“Hamun haiwan walau untuk apa niat dan tujuan sekali pun bakal mengundang ketakutan dan stres terhadap haiwan.

“Kucing tidak akan dapat mesej daripada maki hamun begini. Ia bakal memeranjatkan dan menakutkan kucing.

“Kata cacian, hamun dan makian secara jerkah begini tidak sesuai dihamburkan kepada binatang seperti kucing walau tujuannya adalah pendidikan.

“Suara maki hamun ini disyaki suara seorang artis tanah air yang biasa membuat video berunsur nasihat melalui video provokasi dengan bahasa kesat dan kata makian.

Ads

“Ingin diingatkan perbuatan menakutkan haiwan adalah satu kesalahan Terrifies bawah Seksyen 29 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).

“Hukuman menanti pelaku yang memaki haiwan adalah sama seperti mencederakan atau membunuh haiwan dengan sengaja. Satu aduan akan dikemukakan untuk siasatan dan tindakan pihak berkuasa,” maklum Persatuan Haiwan Malaysia menerusi akaun Facebook mereka pada Ahad.

Hamun haiwan walau untuk apa niat dan tujuan sekali pun bakal mengundang ketakutan dan stress terhadap haiwan.Kucing tidak akan dapat mesej daripada maki hamun begini. Ia bakal memeranjatkan dan menakutkan kucing. Kata cacian, hamun dan makian secara jerkah begini tidak sesuai dihamburkan kepada binatang seperti kucing walau tujuannya adalah pendidikan.Suara maki hamun ini disyaki suara seorang artis tanah air yang biasa membuat video berunsur nasihat melalui video provokasi dengan bahasa kesat dan kata makian.Ingin diingatkan perbuatan menakutkan haiwan adalah satu kesalahan Terrifies bawah Seksyen 29 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).Hukuman menanti pelaku yang memaki haiwan adalah sama seperti mencederakan atau membunuh haiwan dengan sengaja.Satu aduan akan dikemukakan untuk siasatan dan tindakan pihak berkuasa. #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Sunday, 3 May 2020

Bagaimanapun, Azwan dengan rendah diri telah memohon secara tersuka kepada semua pihak yang berasa marah atas tindakannya itu.

Ads

“Diva AA dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada Persatuan Haiwan Malaysia & Pencinta Kucing ekoran video terlepas yang pandang semalam.

“Sebenarnya video itu bersifat gurauan semata-mata dan tidak berniat sama sekali atas apa jua sebab lain.

“Diva AA telah pun padamkan video itu di semua platform media sosial [Instagram & Twitter] Diva AA.

Ads

“Satu video permohonan maaf telah dimuatnaik untuk Persatuan Haiwan Malaysia di semua Instagram & Twitter Diva AA.

“Sekali lagi maaf terbuka buat semua pencinta kucing,” tulis Azwan.

Terdahulu, video tersebut yang berunsur nasihat berkaitan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kepada kucing-kucingnya sambil memegang pengelap habuk mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pencinta haiwan.

Video: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI