Sekitar tahun 2021, Media Hiburan ada melaporkan kes penipuan tanah milik arwah ibu Nirina Zubir oleh pembantu rumah orang tua mereka yang sudah dianggap seperti keluarga.
Kini, perjuangan yang memakan tahun dan kos itu akhirnya berbaloi apabila dia berjaya mendapat kembali empat geran tanah milik arwah ibunya setelah jatuh kepada sindiket penipuan tanah
BACA JUGA: Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Berkongsi kepada pihak media, dia merasa senang kerana perjuangannya selama ini tidak sia-sia. Namun begitu proses yang dilalui bukanlah mudah sehingga memberi kesan kepada kehidupannya.
“Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, rasanya bercampur aduk. Seharusnya saya gembira tapi pada satu sisi lain saya berasa wow kerana bukti konkrit berada di tangan.
“Proses yang dilalui sangat menyesakkan kerana sepanjang itu kami bertubi-tubi berhadapan dengan masalah yang mengejutkan,” kongsinya.
Kejadian penyelewengan tanah milik ibu Nirina secara haram oleh pembantu rumah orang tuanya diketahui setelah ibunya meninggal pada 2019, menyedihkan lagi bapanya pula meninggal dunia setahun kemudian.
Biarpun sudah mendapat empat geran tanah, masih ada empat lagi yang belum diperolehi. Namun begitu, kongsi Nirina, empat lagi geran tanah itu akan diperoleh dalam masa sebulan.
Imbas kembali, Nirina bersama abang dan adiknya melaporkan kepada polis tentang pembantu rumah orang tua mereka yang memalsukan dokumen untuk mendapatkan wang.
Selain itu pembantu rumah tersebut turut memanipulasi wang sewa rumah yang diusahakan oleh orang tua Nirina.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan