“Perkahwinan Kami Telah Dibatalkan,” – Hubungan Terlerai Dengan Niezam Zaidi, Nonny Nadhirah Minta Hormati Keputusan

Share

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah mendedahkan hubungannya bersama pelakon, Niezam Zaidi kini telah berakhir apabila masing-masing memutuskan untuk membawa haluan sendiri.

Menurut Nonny, majlis perkahwinan mereka juga telah pun dibatalkan atas persetujuan bersama.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 itu menerusi akaun Instagram dalam titipannya bersempena dengan hari lahir Niezam yang ke-28.

“Happy birthday sahabat. Semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! amin.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak berhubung keputusan mengejutkan itu.

Dalam pada itu, Nonny turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Niezam.

“Korang, satu je kitorg mintak, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yg baik buat masing-masing ya.

“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.

“Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Nonny dah Niezam kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber: Instagram Nonny Nadirah

Published by
Aizam Manaf