Penyanyi senior, Liza Hanim mendedahkan dirinya reda dengan segala ujian yang harus dilaluinya ketika ini selepas dia telah pun disahkan positif Covid-19.
Selain Liza, ibunya serta lima orang anaknya yang lain turut dilaporkan telah dijangkiti wabak tersebut.
Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim, meskipun ia merupakan perkara yang paling ditakutinya selama ini, namun, dia sekeluarga akan terus mencari kekuatan untuk pulih daripada wabak ini.
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.
Mana tidaknya, kerjaya sebagai pempengaruh ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka.
Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti.
MH mendapatkan pendedahan dari pempengaruh sosial media terkemuka, Syafiqah Aina yang pernah berdepan pelbagai kontroversi hingga dirinya menjadi pusat perhatian apabila berada di dalam ‘spotlight’ viral.
Pendapatan Cecah RM30K Sebulan
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.
“Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Tidak Mudah Jadi Influencer
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas.
“Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG seramai 1.3 juta pengikut sejak bergelar usahawa kosmetik jenamanya sendiri, Ainaa Beauty.
Jadi Diri Sendiri
Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad ini juga mendedahkan, meski dirinya sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat wanita dan kaum hawa di luar sana yang mahu menjadi sepertinya.
Aina bukan sahaja cantik secara lahiriahnya, malah dia juga seorang yang berjiwa lembut dan bijak, kerana ibu kepada dua cahaya mata ini juga merupakan memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Buat Apa Yang ‘Pengikut’ Mahu Lihat
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi pempengaruh berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous.
“Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina.
Kini Aina Dan Suami Lebarkan Sayap Sebagai ‘Usahawan’
Selain itu, sejak mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar pempengaruh, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Di awal penglibatan dalam dunia perniagaan, produk serum yang diusahakan mereka turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah.
Bagaimanapun, sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik dan tidak mdah melatah.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina.
Jadi bagi anda yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial, dah tau kan apa yang perlu anda lakukan dan persiapkan diri dariada pengalaman milik Syafiqah Aina ni? Paling penting hati kena kental dan bersedia fizikal dan mental untuk bergelar pempengaruh ya!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jurulatih kecergasan yang juga usahawan, Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrin ada meluahkan rasa terhadap dakwaan yang dibuat pengasas kosmetik, Nur Sajat yang kononnya, dia mengalami lebam di bahagian lengan akibat dipukul.
Luahan tersebut diluahkan Yin di salah satu entri di Instagram, yang turut memaparkan foto bahagian lengan Sajat yang lebam.
“Pandai betul kau nk burukkan aku.tunjuk tgn lebam konon nye aku yang pukul, kau sendiri CKP y kau jatuh tangga semasa kau kt Euro.
”Bonda rozita ibu kepada Dato alif pun ad bg tahu dlm vidio dia yang mengatakan sajat jatuh. Kau nk fitnah aku, fitnah lah sajat.
”Semua org Ingat tgn kau lebam sbb aku pukul.pikir logik akal mcm mana aku pukul sampai boleh lebam mcm tu,” tulisnya.
”Kau nk aibkan aku aku xkisah,Tp xperlu nk fitnah bg tahu 1 Malaysia badan kau lebam sbb aku pukul.
”Kau sendiri jatuh, kau buat cerita y aku pukul tgn smpai lebam.kalau ko dah ad org lain terus kn lah..Cara ko lyn aku,,maki aku,aku diamm je.Tp xperlu nk fitnah aku,” maklumnya lagi.
Lelaki itu turut memuat naik beberapa posting lain selepas itu, terkait dengan kisah yang sama.
Melakar sukses, jenama Markaz Tijaari milik pasangan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa telah dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year.
Pengiktirafan itu telah diberikan oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.
Menurut PU Riz, 27, pencapaian tersebut bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang terjual lebih 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.
“Alhamdullillah dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.
“Pelitup muka ini sebagai ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitumurah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknnya yang cantik.
“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilancarkan tahun lalu, pelitup muka atau Facemasks Nun Ha ini terjual dengan lebih dari 800,000 helai,” katanya.
Bersyukur dengan pencapaian tersebut, PU Riz turut menyifatkan kejayaan itu adalah rezeki Allah SWT meski berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian.
PU Riz menerusi satu hantaran di Instagram turut berpesan supaya berhenti mendengar cakap-cakap negatif sekeliling.
“Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia. Tetapi mulut mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.
“Jadi kepada anda yang sedang atau mash lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik atau kawan lawan yang negatif, maka berhentilah Kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan.
“Pembenci tetap membenci (Haters gonna hate) tapi rezki daripada Allah tidak boleh dihalang,” tulisnya.